Hanya 2 orang sahaja dari rumah yang sama di benarkan dalam sebuah kereta

Hanya 2 orang sahaja dari rumah yang sama di benarkan dalam sebuah kereta

Hanya dua orang dibenarkan keluar rumah dan menaiki kenderaan sama untuk membeli barang keperluan harian dalam jarak 10km sepanjang tempoh “total lockdown”.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian kepada kapasiti maksimum dan jarak 10km itu hanya untuk kecemasan perubatan.

Selain membeli barang keperluan harian dan pergi bekerja, orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk membeli bekalan ubat dan tujuan penjagaan kesihatan.

“Maksimum tiga orang, termasuk pesakit dibenarkan keluar mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak lebih 10km dari rumah atau ke tempat paling hampir dengan rumah, sekiranya perkhidmatan tersebut tiada dalam radius 10km dari rumah,” katanya dalam sidang media.

Walaupun tiada perintah berkurung, Ismail menasihatkan orang ramai tidak keluar rumah selepas 8 malam memandangkan semua perniagaan ditutup ketika itu.

Bagi teksi dan e-hailing, katanya, hanya dua orang dibenarkan, termasuk pemandu, dengan penumpang wajib duduk di tempat duduk belakang.

Beliau berkata, kapasiti kehadiran bagi anggota perkhidmatan awam terhad kepada 20% bagi tugasan perlu, tidak termasuk petugas barisan hadapan, anggota keselamatan dan pertahanan, serta 100% bekerja dari rumah bagi bukan perkhidmatan perlu.

Katanya, operasi tadika dan tabika swasta atau yang di sekolah swasta, antarabangsa serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak empat hingga enam tahun tidak dibenarkan beroperasi, kecuali bagi petugas barisan hadapan dan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.

Ismail berkata, orang ramai dibenarkan berjoging atau melakukan senaman di kawasan terbuka, selagi dapat mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2m.

Katanya, hanya 12 ahli masjid atau jawatankuasa surau dibenarkan menunaikan solat. Semua aktiviti lain dilarang.

Ini juga terpakai kepada tempat ibadat bukan Islam, dengan hanya ahli jawatankuasa dibenarkan.

Upacara akad nikah dibenarkan di Jabatan Agama Islam saja, dengan jumlah kehadiran ditentukan pihak berkuasa agama.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/30/hanya-2-orang-sebuah-kereta-jarak-10km/

COMMENTS