Hairan kereta berbau busuk, “benda besar” ini buat pemiliknya terkejut besar..

Hairan kereta berbau busuk, “benda besar” ini buat pemiliknya terkejut besar..

Bahagian bonet enjin merupakan salah satu tempat yang sangat jarang dibuka oleh pemilik kenderaan. Tetapi pada bahagian tersebutlah yang sering memberikan ‘kejutan’ kepada pemandu kereta.

Baru-baru ini seorang pemilik kereta Proton Iriz telah berkongsi melalui Twitter pengalamannya memandu ‘bersama-sama’ bangkai seekor ular sawa sepanjang 3.6 meter.

Derma Dalam Tabung Merah McDonald’s, Ini Sumbangan Besar Pelanggan Yang Anda Tidak Tahu

Sewaktu pulang dari kerja, Adila ada terhidu bau bangkai secara tiba-tiba. Semasa dia memberhentikan kereta untuk mengisi angin tayar, Adila terperasan ada darah menitik jatuh dari kereta. Lebih pelik lagi apabila dia dapati tiada kesan langgar pada bahagian hadapan keretanya.

Adila mengambil keputusan untuk menunggu bantuan daripada rakan sekerjanya. Menurutnya, walaupun dia berdiri beberapa meter jauh dari kereta, dia masih terhidu bau bangkai dan kelihatan lalat mula menghurungi tempat darah menitis.

Setelah rakan sekerja Adila sampai ke tempat kejadian, mereka dapati ada bangkai seekor ular sawa sebesar lengan lelaki dewasa tersepit dalam ruangan enjin kereta terbabit. Kereta tersebut telah dipandu ke rumah rakan sekerjanya untuk mengeluarkan bangkai tersebut.

Kerja-kerja untuk mengeluarkan bangkai ular sawa itu agak sukar kerana saiznya yang besar dan ia telah melilit pada bahagian dashboard kereta. Setelah tiga jam, barulah bangkai ular sawa yang bersaiz lengan lelaki dewasa dan panjang lebih tiga meter berjaya dikeluarkan.

Menurut Adila, dia sendiri tidak pasti dari mana bangkai ular sawa tersebut datang kerana tempat tinggal Adila dan tempat kerjanya tidak mempunyai kawasan hutan di sekitarnya.

Semoga pengalaman yang dikongsikan ini dapat membuat anda lebih berhati-hati dan sekali-sekala buka memeriksa bahagian bonet enjin hadapan kerana kadang-kadang ada ‘penghuni’ tidak diundang.

Sumber:https://www.thevocket.com/pelik-kereta-berbau-busuk-rupanya-bangkai-ular-sawa-tersangkut-di-bahagian-enjin/

COMMENTS