Hafizh Syahrin sahkan akan tinggalkan MotoGP

Hafizh Syahrin sahkan akan tinggalkan MotoGP

HAFIZH sahkan akan tinggalkan MotoGP.Selepas lama berteka-teki, Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan bahawa musim ini adalah tahun terakhirnya beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pelumba NTS RW Racing GP itu berkata, beberapa faktor mendorongnya untuk mengundur diri selepas lapan tahun beraksi di kejohanan berprestij itu.

Antaranya jelas Hafizh, dia sudah sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan keputusan terbaik bersama pasukan RW Racing GP namun ia tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

“Saya sebenarnya dah buat sehabis baik dengan jentera saya. Mungkin saya dan pasukan tak dapat nak cari cara mana lagi untuk tingkatkan prestasi jentera,” katanya.

Hafizh juga mengesahkan kekangan kewangan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri mendorongnya untuk memikirkan semula mengenai masa depannya.

“Saya tahu ramai yang masih mengharapkan saya kekal tetapi saya perlu fikir masa depan dan mungkin buat benda yang lain,” katanya.

Hafizh Syahrin

Tegas Hafizh, dia tidak mahu kekal beraksi di MotoGP hanya disebabkan perlu membawa dana atau tajaan kepada pasukan yang ingin disertainya terutama pasukan berpangkalan di Eropah.

“Saya bukan tak minat cara macam itu tapi saya yakin mampu bersaing dengan yang lain, jadi kenapa saya perlu bawa duit untuk pasukan?

“Kemudian kalau saya tak dapat apa yang saya inginkan terutama prestasi jentera, saya rugi macam itu saja,” katanya.

Jelas Hafizh, dia masih belum memikirkan masa depannya selepas ini namun tidak menolak untuk beraksi di kejohanan lain selain MotoGP seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau Kejohanan Superbike Dunia (WSBK).

“Saya tak berani buat keputusan sekarang. Bila tiba masanya saya akan bagi tahu apa yang akan saya buat,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2021/10/763589/selamat-tinggal-motogp-hafizh

BACA: (Video) BMW melambung 20 kaki ke udara gara-gara pemandunya terlelap beberapa saat
Mas Anizan mengesahkan dia sudah bercerai

COMMENTS