Hadam Dahulu 6 Petua Penting Oleh Orang Tempatan jika Nak Melancong Ke Langkawi

Hadam Dahulu 6 Petua Penting Oleh Orang Tempatan jika Nak Melancong Ke Langkawi

Hadam Dahulu 6 Petua Penting Oleh Orang Tempatan jika Nak Melancong Ke Langkawi.Kerajaan kan dah benarkan rakyat Malaysia untuk pergi melancong ke Langkawi bermula 16 September semalam. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu saat emas ni kan? Maklumlah agak lama ‘terperap’ di rumah.

Kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kalau kita datang ke tempat orang, adalah lebih baik kalau kita ikut dan hormati budaya orang sana, kan?

Baru-baru ini, penduduk Langkawi, Alia Ali, 36, ada berkongsi di Twitternya beberapa petua penting untuk orang luar datang melancong ke pulau peranginan bebas cukai itu.

Petua ini penting untuk kita jadikan panduan supaya selain boleh melancong dengan gembira, kita juga tidak terbuat sebarang perkara yang boleh menyalahi undang-undang serta sensitiviti di sana.

BACA: Wanita Panggil Polis , Dakwa suami tergoda jiran Sengaja Sidai Pakaian Dalam Luar Rumah

1) Pakai mask dan tetapkan jarak
Ya, saya tau hang dah vaksin. Ya, kami pun dah vaksin jugak. Tapi masih ada yang belum / tak boleh vaksin, seperti orang yang ada penyakit lain atau budak-budak. Jaga kesihatan awam. Kalau kes kat sini naik, hang nak cuti kat mana pulak?

2) Bawa kad vaksin
Ingat untuk register kat MySejahtera kalau nak masuk kedai atau tulis nama kat buku rekod. Kalau hang taknak register nanti peniaga kena bayar saman melampau. Depa tak mampu.

3) Perangai elok sikit
Memang kesian dah lama tak cuti kan? Tapi ini bukan bermakna yang hang boleh buat perangai sesuka hati. Sentiasa prihatin dan baik hati apabila berinteraksi dengan waiter, cashier, driver etc. Depa pun manusia jugak.

4) Jangan beri makanan kepada hidupan liar
Monyet tu comel, whatever, tapi monyet sepatutnya duduk di hutan. Monyet yang biasa diberi makan oleh manusia akan mula makan sampah dan juga kacau manusia lain (saya dah kena, trauma tak kelakar ok).

5) Jangan sokong ‘tour operator’ tidak beretika
Kalau depa ada buat eagle feeding, JANGAN ikut. Selalu tour operator akan baling lemak ayam untuk tarik perhatian helang. Ni memang tak elok untuk kesihatan helang. Helang pandai cari makan sendiri. Tengok dari jauh je cukup please.

6) Jangan buang sampah merata-rata
Ini pulau. Manpower nak handle sampah kat sini tak terer macam kat mainland. Jangan buat perangai tak elok. Buang sampah betul-betul. Kalau tong penuh, pegang dulu sampai jumpa tong kosong. Kalau saya nampak ada buang merata, saya suruh hang telan.

BACA: Kejadian Sungai Kedondong bomba selamatkan 9 lelaki terperangkap

Eh ramai pulak retweet! Kalau terpandang dan rasa murah hati, saya dan kawan-kawan ada buat fundraiser untuk pek bantuan makanan + susu bayi + lamping untuk penduduk B40 Langkawi. Setakat ini kami dah supply hampir 200 keluarga. Ramai lagi yang perlu tapi kami perlukan dana.

Langkawi pulau pelancongan, so bayangkan setahun setengah takda pendapatan steady. Ramai yang hilang kerja, ada yang tanggung sampai 12 orang satu rumah. Banyak cerita sedih saya tak sampai hati nak ulang. Tolong donate ya!

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/17/nak-melancong-ke-langkawi-hadam-6-petua-penting-oleh-orang-tempatan/

COMMENTS