‘Haa padan muka kau, anak panjat macam chimpanzee’, gadis ini hina anak orang sekali ini yang jadi

‘Haa padan muka kau, anak panjat macam chimpanzee’, gadis ini hina anak orang sekali ini yang jadi. ENTAH kenapa golongan B40 sering menjadi sasaran sebahagian individu yang sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata hinaan di media sosial.

Malah wujud satu grup di Facebook yang diberi nama ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’ yang seolah-olah menjadi tempat untuk menghimpunkan kisah-kisah melibatkan golongan itu.

Terbaharu, luahan seorang lelaki mengenai sikap kurang beradab kanak-kanak di gedung perabot dan kelengkapan rumah Ikea mendapat perhatian ramai.

'Haa padan muka kau, anak panjat macam chimpanzee', gadis ini hina anak orang sekali ini yang jadi'Haa padan muka kau, anak panjat macam chimpanzee', gadis ini hina anak orang sekali ini yang jadi

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, dia meluahkan rasa kurang senang melihat kelakuan anak-anak kecil sebuah keluarga, didakwa B40, yang sedang beratur di medan selera gedung itu untuk mengambil makanan sebelum dibayar.

“Beratur nak ambil makanan dekat food court, sekali bawa ‘sekampung’ dengan anak-anak kecil beratur sekali.

Posting asal yang tular di Facebook.

“Ingatkan tak ada meja, memang perangai j***n nak mati. Biar anak panjat kat penghadang troli macam chimpanzee.

“Akhirnya jatuh, saya pun kata ‘Haa padan muka!’. Terus pergi dekat mak dia. Genyeh (tenyeh) mata menangis sambil jeling tengok saya,” tulisnya.

Bapa kepada kanak-kanak tersebut didakwa hanya melepak di kerusi sambil bermain telefon bimbit.

Kata lelaki itu lagi, ibu kanak-kanak berkenaan sudah bersedia untuk membayar makanan kepada juruwang dengan memegang wang kertas RM50, dianggarkan lima hingga enam keping.

“Rilekslah, simpan sajalah dahulu dalam beg (wang).

“Jauh lagi nak pick-up makanan akak contact lens hijau. Troli pun tak ambil lagi,” katanya merujuk kepada ibu kanak-kanak itu yang memakai kanta lekap.

Tidak terhenti di situ, lelaki ini turut berkongsi kisahnya yang kedua dalam hantaran sama mengenai situasi di Ikea ketika mahu menjamu selera pula.

Menerusi kisah kedua, dia menceritakan pengalaman ‘berebut’ kerusi dengan seorang pelanggan yang merupakan lelaki tua.

“Dah settle bayar semua, saya pun pilihlah meja nak makan dengan famili. Kebetulan ada meja bulat bahagian hujung sana.

“Masa nak duduk tu, datang lelaki tua ambil semua kerusi dari meja lain. Saya katalah saya nak guna meja ni, kenapa ambil kerusi?

“Habis dia angkut kerusi lain ke meja dia. Eh ba** punya orang tua ni. Nak maki depan nanti jadi drama pula dalam Ikea. Dari aku duduk, sampai siap makan, baru makanan orang tua tu sampai,” ujarnya lagi.

Seterusnya dia membuat kesimpulan bahawa sukar untuk mengubah sikap atau perangai B40 walau menggunakan barangan mahal.

“Perangai B40 ni memang tak berubah walau kau pakai kereta besar ke, pakai pakaian branded ke atau contact lens hijau sekali pun,” katanya.

Komen netizen mengenai hantaran asal.

Semakan mStar mendapati, perkongsian lelaki ini dibanjiri komen netizen yang bersetuju dengan sikap kurang peka ibu bapa terhadap anak-anak mereka di tempat awam.

Namun, ada juga warganet yang kurang senang dengan posting yang dikongsi, termasuklah tindakannya melabel individu-individu dalam penceritaannya sebagai B40.

“Anak kalau dah terlompat terkinja tu maksudnya kau sebagai ibu ayah tak terapkan disiplin pada anak di tempat awam. Kau mengaku sajalah.

“Ada saja yang memang parents nak anak pilih makanan sendiri sebab tu anak-anak ikut sekali. Kita nak kutuk-kutuk orang macamlah kita ni sempurna sangat.

“Kenapa perlu labelkan perangai B40, M40 atau T20 dekat isu ni? Walau hakikatnya yang buat tu M40 dan B40, masih nak tonjolkan B40? Hakikatnya perangai buruk tu hadir di kalangan setiap lapisan masyarakat, biarpun daripada kalangan kerabat atau VVIP (very very important person) sendiri,” demikian antara komen netizen.

BACA:

Baju pekerja restoran mamak bikin pelanggan terhibur

Tiap pagi jiran beli Roti Canai, sedap ‘memang terbaik’ respon jiran

Tinggalkan dunia glamor, wanita ini kini penjual ayam di pasar