Gurun Sahara kini diliputi salji, jaluran ais

Gurun Sahara kini diliputi salji, jaluran ais. Tompokan salji terdapat di beberapa tempat di bahagian barat Gurun Sahara di barat laut Algeria, pada Selasa lalu.

Lokasi itu yang terletak di luar bandar Ain Sefra iaitu salah satu tempat paling kering di dunia dikejutkan dengan kehadiran salji dan hablur-hablur ais.

Menurut Live Science, seorang jurugambar tempatan, Karim Bouchetata telah merakamkan cuaca luar biasa itu.

Ain Sefra terletak kira-kira 1,000 meter di atas paras laut dan berhampiran sempadan Algeria-Maghribi.

Gurun Sahara kini diliputi salji, jaluran ais

Walaupun suhu musim panas di rantau itu kerap melonjak melebihi 38 darjah Celsius, purata suhu dalam bulan Januari ialah 14 darjah Celsius, menurut Sky News.

Tompokan salji itu adalah kali kelima dalam tempoh 42 tahun dengan kejadian sebelumnya berlaku pada tahun 1979, 2016, 2018 dan 2021

Gurun Sahara kini diliputi salji, jaluran ais

BACA JUGA: Fizo Omar tampil perjelaskan ape sebenarnya yang berlaku
Wajah Polis PBB Berhijab Indonesia Buat Ramai Jejaka Cair

Selepas Sah cerai, Siti Saleha kehilangan datuknya pula