Gurauan Ryzal Ibrahim ‘Ini Kain Buruk’ Tentang Pakaian Tradisi Iban Undang Kecaman Netizen

Gurauan Ryzal Ibrahim ‘Ini Kain Buruk’ Tentang Pakaian Tradisi Iban Undang Kecaman Netizen

Setiap masyarakat pastinya mempunyai pakaian tradisi masing-masing tidak kira masyarakat Melayu, Cina, India mahupun Korea. Orang ramai sejak dari kecil lagi sudah mulai diajar untuk menghormati adat dan budaya setiap masyarakat serta elakkan menyentuh sensitivi masyarakat lain agar dapat terus hidup dalam keadaan yang harmoni.

Dalam pada itu, baru-baru ini tular pula sebuah video yang dirakam oleh Ryzal Ibrahim sendiri yang ‘bergurau’ dalam menyentuh sensitiviti masyarakat Iban bersama isterinya yang berasal dari Korea iaitu Maryam.

Menerusi video yang tular serta sudah dipadam oleh Ryzal Ibrahim selepas menerima kecaman, beliau selaku pereka fesyen seolah menghina pakaian tradisi masyarakat Iban dalam ‘gurauan’ dengan melabelnya sebagai kain buruk. Bukan itu sahaja, aksesori yang tersedia pada pakaian tersebut turut dilabel sebagai ‘kain meja’ dan ‘kain alas TV’.

‘Gurauan’ beliau yang dianggap melampau ini nampaknya telah membuatkan mereka daripada masyarakat Iban berang dengan gurauannya. Malah, para netizen juga kurang senang dengan jenaka yang dibuat.

Berikutan tindakan beliau yang bergurau melebihi batas serta menerima kecamaan di Facebook dan Instagram, Ryzal Ibrahim tampil dengan video permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak. Beliau mengakui tidak menjaga sensitiviti dan bergurau melebihi batas bersama isterinya.

Diharap situasi atau jenaka yang sama tidak lagi berulang melihatkan negara Malaysia yang didiami oleh berbilang kaum sekaligus dapat menjaga hati dan sensitiviti orang ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Diharap situasi atau jenaka yang sama tidak lagi berulang melihatkan negara Malaysia yang didiami oleh berbilang kaum sekaligus dapat menjaga hati dan sensitiviti orang ramai.

COMMENTS