Guna ‘Ferrari’ sebagai gerai jual buah, penduduk kampung kagum

Guna ‘Ferrari’ sebagai gerai jual buah, penduduk kampung kagum. Nama NHET TV cukup terkenal di Vietnam kerana mereka terdiri daripada sekumpulan anak muda yang kreatif dalam membuat replika kenderaan-kenderaan mewah. Kereta replika terbaru yang mereka berjaya buat ialah sebuah Ferrari 488 dengan kos RM4,118.

Terbaru, kedua-dua anak muda ini telah membawa keluar kereta replika yang dikuasakan dengan enjin pam air menuju ke sebuah perkampungan untuk menjual buah-buah tembikai.

Ternyata kehadiran mereka telah menarik perhatian penduduk kampung setempat dan mengambil peluang untuk melihat kereta tersebut dengan lebih dekat lagi.

Guna 'Ferrari' sebagai gerai jual buah, penduduk kampung kagum

Pemuda-pemuda ini bukan sahaja memudahkan penduduk kampung mendapatkan tembikai yang bersaiz besar, bahkan turut berkongsi kegembiraan yang jelas nampak pada wajah penduduk kampung apabila melihat kenderaan seperti begitu rupa masuk ke kawasan mereka.

Video ini telah mendapat lebih 500,000 ribu tontonan dan 2,000 komen dari pengguna YouTube di serata dunia. Rata-rata mereka berbangga dengan apa yang kedua-dua pemuda itu buat untuk penduduk kampung tempatan tersebut.

Sehingga hari ini, saluran YouTube NHET TV telah mencecah 790,000 subsribers dari seluruh dunia. Anda boleh tonton proses pembuatan replika Ferrari tersebut yang cukup teliti di sini.

Pada bulan lalu, satu dunia kagum melihat kereta replika Ferrari yang hanya menggunakan enjin pam air yang dibeli daripada petani

BACA:

Netizen kecoh dengan jam tangan TMJ pula, harga lebih RM400 ribu

Ceramah suka buat lawak lucah, ‘double meaning’, hindari ustaz sebegini

“Kenal melalui program motivasi” pendakwah popular didakwa lakukan amang seksual