Gila !!! Marah sebab selalu balik kampung, suami potong kaki kiri dan tangan kiri isteri

Gila !!! Marah sebab selalu balik kampung, suami potong kaki kiri dan tangan kiri isteri

Akibat mencurigai isteri, seorang lelaki didakwa memotong tangan kiri dan kaki kiri isterinya menggunakan senjata tajam di Madhya Pradesh di Bhopal, India, kata polis.

Menurut NDTV, insiden ngeri itu berlaku ketika tertuduh yang berumur 28 tahun pulang ke rumahnya di Vishwakarma Nagar dalam keadaan mabuk dan didakwa menyerang isterinya ketika dia sedang tidur bersama anak mereka, ujar Anil Tripathi, pegawai polis.

Lelaki tersebut didakwa memotong tangan kiri isterinya di bahagian pergelangan tangan serta kaki kiri isterinya, kata pegawai itu.

Jirannya terdengar jeritan wanita itu dan terus menghubungi polis ketika tertuduh mengacukan senjata tajam, katanya.

Tertuduh kemudiannya terus ditahan pihak polis manakala wanita itu dikejarkan ke Hospital Hamidia untuk diberikan rawatan.

Wanita tersebut dilaporkan bekerja dengan sebuah firma swasta di Indore dan kerap mengunjungi keluarganya dua minggu sekali.

Tertuduh dilaporkan tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

Menurut polis, lelaki tersebut tidak berpuas hati dengan keputusan isterinya untuk mengunjungi rumah keluarganya setiap dua minggu dan menegaskan bahawa dia hanya pergi ke Bhopal dari Indore setiap minggu. Disebabkan itu, lelaki tersebut telah mencurigai tindakan isterinya itu.

Tertuduh telah ditahan di bawah IPC seksyen 307 (cubaan membunuh) dan siasatan lanjut sedang dijalankan, tambahnya.

Berita penuh : https://siakapkeli.my/2021/03/12/dipercayai-akibat-curiga-suami-didakwa-potong-kaki-kiri-dan-tangan-kiri-isterinya/

COMMENTS