‘Geng Kuda’ Kecaman Netizen kerana Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds

‘Geng Kuda’  Kecaman Netizen kerana Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds

‘Geng Kuda’ Kecaman Netizen kerana Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds.Jika sebelum ini pernah tular pelanggan menaiki motosikal pesan makanan melalui ‘drive-thru’, kini ada yang mahu cipta kelainan menaiki kuda untuk membeli makanan.

Terbaharu, pengguna Twitter @Twt_Cyberjaya telah berkongsi beberapa gambar memaparkan sekumpulan orang menunggang kuda ‘drive-thru’ di sebuah McDonalds di Cyberjaya.

Menerusi perkongsian tersebut, sekumpulan penunggang kuda itu bertindak memesan makanan di kaunter pandu lalu McDonalds. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah najis yang ditinggalkan oleh kuda tersebut dan tertanya-tanya sama ada dibersihkan oleh mereka. Malah, ada juga netizen menghentam penunggang-penunggang kuda tersebut kerana tidak memakai pelitup muka.

Malah, rata-rata netizen juga berasa simpati kepada kuda-kuda tersebut kerana perlu berjalan di atas jalan tar kerana ia boleh menyebabkan masalah sendi kepada kuda tersebut.

Lantaran perkongsian yang tular itu, ada pengguna Twitter yang mengatakan para penunggang kuda tersebut hanyalah penjaga kuda di sekolah menunggang kuda berdekatan bukanlah golongan ‘kayangan’ seperti didakwa segelintir netizen.

Bukan itu sahaja, bagi menjawab sama ada najis tersebut dibersihkan atau tidak, ada yang berkongsi mereka yang mengiringi para penunggang kuda tersebut telah bertindak membersihkan najis itu.

BACA: Arab Saudi bakal bina kompleks industri terapung terbesar di dunia

COMMENTS