Generasi ke-7 Mahsuri pulang semula ke Langkawi setelah bergelar ibu

Generasi ke-7 Mahsuri pulang semula ke Langkawi setelah bergelar ibu. Sebelum menjadi pusat pelancongan hatta Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi, lagenda sumpahan Mahsuri banyak menyumbang kepada kemasyhuran Pulau Langkawi sehingga kini.

Walaupun dikatakan seorang rupawan, tetapi tiada sebarang potret yang memperlihatkan wajah sebenar Mahsuri. Bagaimanapun, kecantikannya dikatakan tidak pernah luntur melalui generasi ke-7 Mahsuri yang masih hidup sehingga hari ini.

Pada 1998, berita mengenai penemuan remaja yang disahkan selaku waris keturunan Mahsuri sedang menetap di Phuket pernah tersebar meluas di Thailand dan Malaysia.

Malah ketika berkahwin sekitar tahun 2010, Wan Aishah Nawawi atau nama Siamnya Sirintra Yayee bersama suaminya turut bertandang ke makam nenek moyangnya di Pulau Langkawi sambil memakai busana pengantin. Pada masa itu, dia diraikan meriah kalah artis terutamanya oleh penduduk tempatan.

Generasi ke-7 Mahsuri pulang semula ke Langkawi setelah bergelar ibu

Baru-baru ini, Wan Aishah kembali menjadi sorotan ramai apabila bertandang semula ke Pulau Langkawi.

@miorjohan Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan😭💪💦🤲🌾🦅 ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Istimewanya kali ini, dia bertandang ke lokasi penuh bersejarah itu dengan status sebagai ibu kepada seorang anak lelaki yang sudah agak besar juga. Kini berusia 36 tahun kini, namun kejelitaan wajahnya tidak pernah pudar apalagi sudah tampil berhijab sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu.

BACA:

Peras Ugut : 9 anggota polis ditukarkan ke Sabah, Sarawak

Zamri Vinoth dihadapkan ke mahkamah kerana cederakan dan ugut wanita