Gempar !!! Video kena rogol tular di media sosial, remaja nekad bunuh diri

Gempar !!! Video kena rogol tular di media sosial, remaja nekad bunuh diri

Seorang remaja berusia 14 tahun membunuh diri selepas satu video rogol secara berkumpulan dipercayai berkaitan gadis itu, tular dalam media sosial.

Lapor Mirror, kejadian itu berlaku di sebuah tapak perkuburan di Ghent, Belgium.

Polis telah menahan lima suspek dengan mengenal pasti berdasarkan beberapa gambar.

Kesemua suspek yang berasal dari Ghent terdiri daripada tiga remaja berusia antara 14 dan 15 tahun serta dua individu berumur 18 dan 19 tahun.

Remaja perempuan dari Gavere, selatan Ghent pergi ke tapak perkuburan Westerbegraafplaats pada 15 Mei lalu untuk bertemu dengan seorang rakannya.

Namun, empat individu lain turut berada di sana dan didakwa telah merogol remaja perempuan itu.

Empat hari selepas kejadian itu, remaja itu bertindak membunuh dirinya.

Lapor Newin24, bapa kepada mangsa memberitahu anak perempuannya menderita dan trauma sejak insiden itu.

“Anak saya mengalami masa yang amat sukar, dia perlukan bantuan tetapi malangnya kini sudah tiada lagi,” katanya.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/remaja-bunuh-diri-selepas-video-rogol-tular-dalam-media-sosial

COMMENTS