Gempar !!! Umno dan Pas bincang hala tuju kerajaan PN malam ini

Gempar !!! Umno dan Pas bincang hala tuju kerajaan PN malam ini

Dua parti majoriti Melayu, Pas dan UMNO akan mengadakan mesyuarat yang dipercayai akan membincangkan mengenai hala tuju Perikatan Nasional (PN) malam ini.

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin ketika dihubungi Sinar Harian hari ini mengesahkan mesyuarat itu bakal diadakan, namun mengenai agenda yang bakal dibincangkan pula ia adalah di luar pengetahuannya.

“Biasanya kita akan membincangkan tentang pergerakan Muafakat Nasional (MN). Berkaitan PN itu tunggu selepas mesyuarat,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataannya berkata, mesyuarat MN itu akan diadakan dalam semangat kekeluargaan.

Hari ini menerusi ciapan di Twitternya pula, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, UMNO dan rakan kerjasamanya akan memastikan hubungan kerjasama antara mereka lebih kuat dan padu.

“Dengan izin ALLAH, UMNO dan parti-parti sahabat bakal muncul lebih padu lebih kuat selepas ini.

“Kita berusaha siang dan malam tanpa putus asa kukuhkan solidariti. Sikap matang para pimpinan mengagumkan,” ciapnya di laman sosial itu.

Sebelum ini, ketidaktentuan baharu politik tercetus selepas UMNO membuat pertimbangan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan PN jika tuntutannya berhubung jawatan tidak dipenuhi.

Berikutan itu beberapa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dikemukakan oleh pembangkang dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan pemimpin UMNO.

Malah pada minggu lalu juga, UMNO menegaskan pihaknya mahu meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105950/BERITA/Politik/Pas-UMNO-bincang-hala-tuju-MN-dan-PN-malam-ini

COMMENTS