Gempar !!! Umno akan tanding parlimen Pagoh

Gempar !!! Umno akan tanding parlimen Pagoh

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata parti itu akan bertanding di Parlimen Pagoh, kerusi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mempersoalkan kerjasama politik antara Umno dan PPBM yang dipimpin oleh Muhyiddin dan PAS menerusi Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

“Apa untung kita dengan PPBM? Apa untung kita berpakat dengan PAS? Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula,” Tengku Razaleigh dipetik berkata oleh Malaysian Insight.

Tengku Razaleigh berkata Umno akan bertanding di semua kerusi tradisinya, termasuk kerusi yang sekarang disandang mereka yang keluar parti.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita.

“Kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” kata beliau yang Pengerusi Lembaga Penasihat Umno.

Parlimen Langkawi kini disandang bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang mengasaskan Pejuang manakala Muhyiddin adalah presiden PPBM.

Tengku Razaleigh berkata Umno dan PPBM tidak boleh elak pertembungan di kerusi-kerusi majoriti Melayu sekiranya mereka terus bekerjasama.

Sekarang, katanya, banyak pihak dalam Umno menilai semula hubungan parti itu dengan PPBM kerana meragui manfaat kerjasama selama ini.

Tengku Razaleigh, berkata jawatan penting dalam Kabinet pimpinan Muhyiddin harus diberikan kepada Umno berdasarkan kedudukannya sebagai blok terbesar yang menyokong kerajaan PN.

Tengku Razaleigh sendiri menyoal pemimpin Umno apabila tidak parti itu tidak diberikan lebih banyak jawatan Kabinet walaupun sokongan Umno untuk
Muhyiddin membolehkan beliau dilantik perdana menteri bagi menyelesaikan krisis politik Februari lalu.

“Tapi mereka (pemimpin Umno) pun tak boleh jawab,” kata Tengku Razaleigh.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/17/umno-akan-bertanding-di-kerusi-muhyiddin-pada-pru-15-kata-ku-li/

COMMENTS