Gempar!!! Tengkorak makhluk asing didakwa ditemui

Gempar!!! Tengkorak makhluk asing didakwa ditemui

Ratusan tengkorak purba yang ditemui di wilayah Paracas, Peru didakwa milik makhluk asing, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dalam satu hantaran di Facebook yang telah dipadam, video yang menunjukkan tengkorak yang asalnya dijumpai oleh seorang ahli arkeologi, Julio Tello pada tahun 1920-an itu berbentuk kon.

Video yang dimuat naik di YouTube pada bulan lepas itu memaparkan seorang lelaki sedang memegang tengkorak-tengkorak tersebut.

Tajuk video tersebut ditulis sebagai ‘Saya menjumpai tengkorak yang aneh dan tidak sempurna di pergunungan Huancavelica.’

Hantaran tersebut dikongsi lebih 500 kali sebelum dipadam.

Menurut laporan akhbar USA Today, konspirasi tular berkenaan mendakwa soket mata dan kelonjongan bentuk tengkorak itu adalah ‘bukti’ bahawa makhluk asing pernah mendarat di bumi.

Kelonjongan betuk tengkorak menimbulkan spekulasi bahawa ia milik makhluk asing. – YouTube / Frans/The Sun
Bagaimanapun, beberapa pakar lain percaya bahawa tengkorak-tengkorak itu sebenarnya milik manusia zaman purba dan bentuknya menjadi panjang kerana tekanan pada kepala ketika hayat pemiliknya.

“Soket matanya kelihatan normal dan masih dalam julat variasi manusia selain kelihatan seperti tengkorak lain dari Peru,” kata Pakar Antropologi Peru, Profesor Melissa S. Murphy.

Penduduk purba di Peru sering menggunakan penutup kepala yang ketat untuk menghasilkan bentuk tengkorak yang luar biasa

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/24/tengkorak-makhluk-asing-didakwa-ditemui-di-peru/

COMMENTS