Gempar!!! Tarzan dan isterinya kini tinggal kenangan setelah terbunuh

Gempar!!! Tarzan dan isterinya kini tinggal kenangan setelah terbunuh

Pelakon filem ‘Tarzan : The Epic Adventures’, Joe Lara dan isterinya bersama lima yang lain terbunuh selepas pesawat yang mereka naiki terhempas ke dalam sebuah tasik di Nashville hari ini, lapor laman berita The Sun TV.

Pelakon berusia 58 tahun itu menaiki pesawat Cessna 501 bersama isterinya, Gwen Shamblin Lara ketika ia terhempas ke dalam Tasik Percy Priest di luar Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rutherford.

Joe dan Gwen serta lima individu lain dilaporkan menaiki pesawat terbabit dari Lapangan Terbang Smyrna dekat Nashville untuk menuju ke Palm Beach, Florida.

Kesemua mayat dan bangkai pesawat telah diambil daripada lokasi kejadian.

“Seramai tujuh orang menaiki pesawat yang terhempas itu dan kesemua mereka disahkan mati,” demikian kenyataan yang dikeluarkan pegawai daerah Rutherford.

Joe sebelum ini membintangi siri televisyen Tarzan daripada 1996 hingga 1997.

Rancangan itu yang hanya ditayangkan satu musim memfokuskan tentang karakter Tarzan ketika zaman kanak-kanaknya.

Joe juga sebelum ini pernah menjadi pelakon utama bagi filem televisyen Tarzan in Manhattan.

Dia berkahwin dengan Gwen pada 2018.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/31/bintang-filem-tarzan-terbunuh-selepas-pesawat-terhempas/

COMMENTS