Gempar!!! Pesawat Pengintip Ujian Israel Didapati Rentas Ruang Udara Malaysia Sebelum Ke Singapura

Gempar!!! Pesawat Pengintip Ujian Israel Didapati Rentas Ruang Udara Malaysia Sebelum Ke Singapura

Kehadiran sebuah pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.

Berdasarkan laporan airtimes.my, tinjauan di FlightRadar 24 mendapati pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta itu terbang pada ketinggian 19,000 kaki di ruang udara pulau itu sebelum mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Melihat semula rekod penerbangan, pesawat tersebut telah berlepas dari Israel dan melalui ruang udara Tebing Barat pada 18 Mei lalu. Pesawat tersebut kemudiannya menuju ke Teluk Aqaba, Semenanjung Sinai, Mesir.

 

Pada 20 Mei, pesawat tersebut telah tiba di utara Selat Melaka pada pukul 6 pagi waktu Malaysia. Seterusnya, pesawat milik syarikat pertahanan Israel itu melalui ruang udara Kuala Lumpur pada ketinggian 28,975 kaki 17 minit kemudian.

Isyarat 4X-AOO kemudiannya hilang daripada Flightradar24 setelah memasuki kawasan luar pesisir Melaka pada pukul 11.30 pagi.

pesawat

Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik. Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil.

Persoalan yang menjadi tanda tanya orang ramai ketika ini adalah mengapa pesawat perisik ini membuat ujian penerbangan di Singapura?

 


Disebabkan Malaysia tidak mempunyai hubungan rasmi dengan negara Israel, sepatutnya tiada pesawat yang berdaftar di Israel boleh melalui ruang udara Malaysia. Kerajaan Singapura masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

 

 

COMMENTS