Gempar !!! Menteri pengangkutan umum akan letak jawatan

Gempar !!! Menteri pengangkutan umum akan letak jawatan

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mendakwa Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2) bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) “tidak mengikut prosedur perolehan kerajaan”.

Wee memberitahu Dewan Rakyat, beliau akan meletak jawatan jika kenyataannya terhadap PH terbukti salah.

Pada awal ucapannya, Wee mendakwa bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook gagal memaklumkan kepada Kabinet anggaran kos projek KVDT 2 boleh dikurangkan, selepas mendengar dua laporan dibentangkan Opus Consultants pada 2018.

Dua minit selepas menteri berucap, Loke (PH-Seremban) mencelah dan berkata: “Itu fakta yang salah, beliau mengelirukan Dewan dan tipu fakta.”

Speaker Azhar Harun kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya membenarkan Wee menamatkan ucapan.

Wee meneruskan dengan mempersoal cadangan Loke kepada Kementerian Kewangan supaya mempertimbangkan Opus Consultants sebagai sebuah perunding bebas, apabila bekas menteri itu mendakwa laporan dibentang kepadanya tidak rasmi.

“Surat niat juga telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada masa itu kepada Opus Consultants, cuma sebelum surat setuju terima sempat dikeluarkan, kerajaan PH telah runtuh,” katanya.

Pekikan tercetus apabila Wee berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan projek KVDT 2 bawah PH tidak dilaksanakan mengikut prosedur perolehan kerajaan dan ia harus dilakukan melalui tender terbuka.

“Itu lagi satu tipu, itu lagi satu fakta yang mengelirukan Dewan. Apa yang (kita) tidak mengikut prosedur?” soal Loke.

“Saya sedang membaca satu fakta yang telah dikeluarkan oleh SPRM,” kata Wee. “Kalau ada apa-apa unsur yang (menunjukkan) saya menipu, saya (akan) meletak jawatan.”

“Projek itu diberikan oleh (bekas menteri pengangkutan) Liow Tiong Lai, kamu pun menjadi (sebahagian) Kabinet (pada) masa itu,” kata Loke dan mendorong Azhar mematikan mikrofon mereka sekali lagi.

Sebelum ini, dilaporkan Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd, kontraktor projek KDVT 2 memfailkan saman terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas keputusannya membatalkan kontrak itu.

Keputusan Kementerian Pengangkutan membatalkan pemberian projek dan membuka semula kepada tender dilakukan susulan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengatakan, kerajaan PH menganugerahkan 101 projek melalui rundingan terus.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2017 menganugerahkan projek itu kepada Dhaya Maju LTAT tetapi kontrak berkenaan dibatalkan susulan perubahan kerajaan pada 2018.

Kerajaan PH kemudian melantik semula Dhaya Maju LTAT untuk meneruskan projek itu selepas pengurangan skop dan kosnya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/24/saya-letak-jawatan-kalau-terbukti-bohong-di-dewan-rakyat-kata-wee/

COMMENTS