Gempar!!! Mayat pengawal keselamatan ditemui di pondok awam

Gempar!!! Mayat pengawal keselamatan ditemui di pondok awam

Mayat seorang lelaki warga tempatan ditemui di sebuah pondok awam di Jalan AU2, Taman Keramat, Ampang dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah menerima panggilan dari orang awam berhubung penemuan mayat tersebut pada pukul 6.47 pagi.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mangsa tinggal di kawasan berhampiran lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang mempunyai masalah kesihatan itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan singgah di pondok berkenaan untuk berehat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

“Keputusan bedah siasat mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan serangan jantung dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” jelasnya

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/04/mayat-lelaki-ditemui-di-pondok-awam/

COMMENTS