Gempar !!! Mahathir bangkitkan isu ‘video kontroversi’ libatkan Azmin

Gempar !!! Mahathir bangkitkan isu ‘video kontroversi’ libatkan Azmin

Dr Mahathir hari ini menjawap dakwaan Azmin Ali mengenai penglibatannya di belakang tabir penubuhan Perikatan Nasional.

Dalam facebook rasmi Dr Mahathir, beliau menggariskan beberapa jawapan bagi menangkis apa yang Azmin dakwa dalam satu temubual baru-baru ini.

Pautan asal –

Pendedahan Mengejut Mahathir
Dalam poin ke 6 tulisan Mahathir, beliau menjelaskan mengapa Azmin Ali bertindak meninggalkan Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat disebalik apa yang Azmin dakwa kesetiaan kepada Anwar.

Adakah Mahathir tahu dan menyedari kewujudan video yang beliau dakwa tetapi hanya ‘menutup mata’ kerana yakin akan terus menerima sokongan Azmin Ali bagi mengekalkan kedudukannya?

Khairuddin Turut Persoal Kesahihan Video
Dalam pada itu, seorang penyokong kuat Dr Mahathir, Khairuddin Hasan turut menyentuh berkenaan video yang dikaitkan dengan Azmin Ali. Tulisan Khairuddin Hassan boleh di akses di –

Seorang ahli parlimen hari ini turut meminta kerajaan menyiasat kesalahan dan jangan menutup perbuatan salah laku yang dilakukan Pakatan Harapan sepanjang mereka berkuasa selama 22 bulan.Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) berkata, jika pihak berkuasa tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam melakukan siasatan maka tidak mustahil kerajaan PN yang ada hari ini akan dihukum pada pilihan raya umum ke-15.

“Inilah perkara yang saya mahu bangkitkan, iaitu apa yang kita janji mesti dikotakan. Rakyat hari ini bukan rakyat yang bodoh, rakyat cerdik. Apa yang kita perlu lakukan, mesti dilakukan. Jangan kita kata dulu zaman PH begitu. Itu salah bagi saya. Kalau salah tetap salah.

“Saya minta kepada pihak peguam negara, SPRM, polis jangan ada pendakwaan terpilih dan penyiasatan terpilih, kalau tidak rakyat akan hukum kita dalam PRU15 nanti,” katanya ketika menjawab pertayaan Shamsul Iskandar Mohd Akib (PH- Hangtuah Jaya) yang bangun mencelah meminta pandangan beliau berhubung isu seorang menteri kanan yang terkait dengan video tular yang kini “ditutup penyiasatannya”. – Nazri Aziz (Padang Rengas)

Azmin pernah mencabar mana mana pihak dalam Pakatan Harapan membuktikan wujud perjanjian peralihan kuasa selepas Dr Mahathir memerintah 2 tahun. Bagaimanapun nada beliau berubah selepas keluar dari PKR dan menyertai PPBM. Kini beliau menjawat jawatan Menteri Kanan dan dilantik sebagai Ketua Penerangan Perikatan Nasional. Sebagai rekod hampir semua ahli parlimen PKR yang berpaling tadah mempunyai kedudukan dalam kerajaan hari ini.

Sumber :  https://my-tv.online/2020/11/30/mahathir-sahkan-azmin-ada-video-kontroversi/

COMMENTS