Gempar !!! Lelaki gelang pink makan di kedai makan

Gempar !!! Lelaki gelang pink makan di kedai makan

Seorang lelaki yang disyaki memakai gelang kuarantin koronavirus (Covid-19) berwarna merah jambu didakwa hadir di sebuah medan selera di Lobak di sini, semalam.

Gambar lelaki berkenaan mula tular di laman sosial Facebook berbahasa Mandarin semalam dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Menurut sumber, lelaki itu dikatakan pergi ke kedai makan itu seorang diri namun ditegur oleh pemiliknya untuk pengesahan selepas didapati memakai gelang merah jambu.

Bagaimanapun lelaki itu tidak berpuas hati dan kemudian timbul pergaduhan mulut sebelum dia meninggalkan premis tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105732/ANALISIS-SEMASA/Lelaki-pakai-gelang-kuarantin-dilihat-di-kedai-makan

COMMENTS