Gempar !!! Lagi gangguan air di Lembah Klang

Gempar !!! Lagi gangguan air di Lembah Klang

Susulan pencemaran Sungai Selangor yang dikesan hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Berikutan itu, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan bermula jam 6 petang ini.

Ia melibatkan Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Dalam satu kenyataan, Air Selangor memaklumkan sehingga jam 2:30 petang ini, pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau panjang pada tahap 8 TON dan LRA SSP1, 2 dan 3 pula pada tahap 4 TON.

“Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan Empangan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari.

“Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama,” kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri.

Menurutnya, Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Maklumat gangguan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawangnya http://www.airselangor.com.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550263

COMMENTS