Gempar !!! Kena ugut haramkan Umno punca hubungan Zahid-Muhyiddin berantakan

Gempar !!! Kena ugut haramkan Umno punca hubungan Zahid-Muhyiddin berantakan

UGUTAN seorang menteri senior terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan menjadi punca parti itu mempertimbangkan keputusan sama ada kekal menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber, ia timbul dalam pertemuan antara pemimpin parti termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga menteri berkenaan.

Menteri terbabit yang juga “orang kepercayaan” Muhyiddin mengugut untuk mengharamkan Umno sekiranya BN menarik diri daripada PN.

“Zahid diugut oleh menteri berkenaan yang juga bekas wakil rakyat Umno untuk mengharamkan Umno jika menarik diri daripada PN.

“Perjumpaan itu menjadi tegang selepas menteri itu mengeluarkan kenyataan berkenaan dan Zahid terus meninggalkan pertemuan itu,” kata sumber berkenaan kepada Malaysiapost.

Dalam pada itu, seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno turut mengesahkan bahawa Presiden Umno itu “diugut” menteri Bersatu berkenaan.

“Ya, betul Zahid kena ugut,” katanya ringkas kepada Malaysiapost ketika ditanya mengenai perkara itu.

Mesyuarat MKT Umno malam tadi mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP, kata Presiden Umno.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat MKT berlangsung di bangunan Umno yang berakhir tengah malam ini.

Ahmad Zahid menerusi kenyataan berkata Ahli Parlimen UMNO juga akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Umno menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan ‘political consensus’,” katanya.- Malaysiapost

Sumber : http://malaysiapost.com.my/2020/10/27/zahid-kena-ugut-dengan-menteri-senior-untuk-haramkan-umno/

COMMENTS