Gempar!!! Ingatkan ritual ilmu hitam rupanya ….

Gempar!!! Ingatkan ritual ilmu hitam rupanya ….

Seorang pengguna aplikasi peta Google Earth menjadi tular apabila berkongsi rakaman menunjukkan sekumpulan individu berkelubung putih di sebuah bandar tidak berpenghuni di Nevada, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Pengguna TikTok, Jason Cline berkata dia menyedari penemuan pelik itu ketika sedang menggunakan aplikasi itu di beberapa negeri di AS.

“Cuba anda perhatikan klip ini dan akan menyedari satu lingkaran objek yang kelihatan seperti cap jari.

“Apabila saya menukar mod menjadi pemandangan jalan, saya ternampak sekumpulan manusia berkelubung putih sedang mengerumuni lingkaran cap jari itu,” tulis Cline.

Klip rakaman itu mendapat lebih 17 juta tontonan sebelum misteri itu akhirnya dirungkai.

Salah seorang pengguna Google Earth memberitahu bahawa imej tersebut merupakan satu pameran seni di sebuah bandar tidak berpenghuni, Rhyolite di Death Valley.

Kumpulan individu berkelubung putih menyeramkan itu dikenali sebagai ‘Jamuan Terakhir’ yang dicipta oleh artis Belgium, Albert Szukalski.

“Saya pernah ke sana. Ini adalah Muzium Udara Terbuka Goldwell,” komen seorang pengguna media sosial.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/07/ingatkan-kultus-ilmu-hitam-rupanya-pameran-seni/

COMMENTS