Gempar!!! Darurat akan di sambung lagi selepas Ogos ? kata sumber

Gempar!!! Darurat akan di sambung lagi selepas Ogos ? kata sumber

Susulan lonjakan kes Covid-19, terdapat desakan daripada beberapa menteri supaya darurat dilanjutkan selepas Ogos, menurut sumber yang tahu mengenainya.

Namun, yang lain mahu darurat ditamatkan Ogos ini kerana mereka bimbang akan dihukum oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang jika ia diteruskan.

Sumber memberitahu FMT, mereka yang mahu darurat dilanjutkan percaya ia patut meliputi tiga fasa di bawah “lockdown” yang diumumkan baru-baru ini untuk membendung lonjakan kes Covid-19.

Putrajaya baru-baru ini mengumumkan akan ada tiga fasa di bawah “total lockdown” yang bermula 1 Jun, dengan fasa pertama membabitkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bukan perlu.

Jika penutupan penuh itu berjaya, kerajaan akan melaksanakan fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor tidak membabitkan perhimpunan besar, tetapi SOP masih dikekalkan.

Di bawah fasa ketiga, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat, tetapi aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.

Sumber itu berkata, kerajaan masih tidak menggunakan “kuasa penuh” di bawah perintah darurat seperti yang dibenarkan, contohnya mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium pinjaman menyeluruh di bawah “total lockdown”.

Putrajaya juga boleh menggunakan kemudahan di hospital swasta untuk meringankan beban hospital awam.

Seorang lagi pemimpin berkata, sesetengah menteri tidak berminat untuk darurat dilanjutkan kerana mereka bimbang tindak balas rakyat jika Parlimen terus ditutup.

“Parlimen perlu dibuka semula untuk perbahasan, jika tidak, kita mungkin dilihat tiada kredibiliti untuk memenangi pilihan raya akan datang. Mereka yang menentang darurat percaya ada cara lain untuk menghentikan usaha menggulingkan kerajaan semasa.”

Katanya, gabungan pemerintah boleh mencapai kata sepakat dengan pembangkang untuk tidak mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri jika Parlimen bersidang semula.

Rakyat katanya, mahu jawapan berhubung isu lonjakan kes Covid-19 dan langkah yang diambil bagi menambah baik ekonomi, khasnya untuk menyelamatkan pekerjaan.

“Adakah pelabur asing akan melabur di negara kita jika darurat dilanjutkan?” soalnya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/04/menteri-berbelah-bahagi-sama-ada-darurat-patut-disambung/

COMMENTS