Gempar!!! Covid-19 : Argentina umum ‘Full Lockdown’

Gempar!!! Covid-19 : Argentina umum ‘Full Lockdown’

Pemimpin Argentina akan melaksanakan perintah berkurung atau ‘lockdown’ selama sembilan hari bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Argentina, Alberto Fernandez semalam.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa kita sudah berada di peringkat kritikal,” jelas Fernandez selepas negara itu merekodkan 35,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Susulan pengumuman itu, hanya perniagaan yang dikategorikan sebagai keperluan penting atau ‘essential services’ sahaja yang dibenarkan beroperasi bermula esok.

Kelas secara bersemuka dan juga aktiviti sosial dan keagamaan tidak dibenarkan.

Argentina semalam merekodkan 435 lagi kematian akibat Covid, menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara itu menghampiri 73,000 orang.

Daripada 45 juta penduduk, hanya 8.5 juta daripadanya sudah menerima satu dos vaksin dan 2.2 juta sudah menerima dos lengkap.

Berita penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/21/kes-covid-19-melonjak-argentina-laksana-lockdown/

COMMENTS