Gempar !!! Ada MP Umno zahirkan sokongan kepada Anwar dalam mesyuarat MP BN tadi – Sumber

Gempar !!! Ada MP Umno zahirkan sokongan kepada Anwar dalam mesyuarat MP BN tadi – Sumber

Ada antara kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang membangkitkan cadangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong sebagai Perdana Menteri, dedah seorang daripada mereka yang menyertai perjumpaan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

Bagaimanapun, sumber berkenaan berkata, jika ada sebarang perbincangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu, ia sama sekali tidak boleh melibatkan penyertaan DAP.

Kata sumber itu lagi, UMNO dan BN tetap berpegang pada prinsip “No DAP” jika ingin mencari jalan keluar dari kemelut politik sedang melanda negara ketika ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula memaklumkan kepada wartawan bahawa prinsip “No Anwar, No DAP” yang dipegang selama ini selari dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.

“Apa yang kita bincang, rata-ratanya bertegas kita tidak akan bekerjasama dengan parti yang terdahulu, itu sahaja keputusan… contohnya pandangan ramai di kalangan Ahli Parlimen BN adalah “No Anwar, NO DAP”.

“Kita akan kekalkan keputusan itu sehingga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO buat keputusan sebaliknya, maksudnya ubah yang membolehkan keputusan itu diuubah adalah kuasa MKT,” kata Zahidi lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan antara agenda perbincangan ialah peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, susulan titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung penolakan Pengisytiharan Darurat.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/mesyuarat-mp-bn-ada-mp-umno-syor-sokong-anwar-tolak-dap-sumber-265374

COMMENTS