Gempar!!! 594 doktor meninggal dunia di india

Gempar!!! 594 doktor meninggal dunia di india

Persatuan Perubatan India (IMA) dalam satu kenyataan kelmarin mendedahkan seramai 594 doktor meninggal dunia pada gelombang kedua penularan Covid-19 di India.

Hindustan Times melaporkan kebanyakan doktor meninggal dunia di ibu negara ini yang juga salah satu kawasan hotspot wabak Covid-19.

Kawasan lain seperti Bihar, Uttar Pradesh, Rajasthan, dan Jharkhand turut menyaksikan kematian sejumlah besar doktor pada gelombang kedua penularan Covid-19.

Data dikongsikan oleh IMA menunjukkan seramai 107 doktor meninggal dunia di New Delhi semasa gelombang kedua.

Ia diikuti 96 kematian di Bihar, Uttar Pradesh (enam), Rajasthan (43) dan Jharkhand (39).

Bagaimanapun, IMA selaku pertubuhan doktor sukarela di India memaklumkan ada kemungkinan jumlah kematian sebenarnya melebihi statistik itu.

Ini memandangkan persatuan hanya menyimpan rekod 350,000 daripada 1.2 juta doktor di seluruh India.

Akan tetapi, data dikeluarkan IMA itu boleh dipercayai dan menjadi pendekatan mengenai gambaran keadaan doktor di India di kala pandemik Covid-19.

Selain bilangan kematian, IMA baru-baru ini turut menyuarakan kekesalannya berhubung insiden kekerasan membabitkan golongan doktor.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/713642/594-doktor-meninggal-dunia

COMMENTS