Gempar !!! 3 Fenomena alam yang akan berlaku hari ini, jangan terlepas…..

Gempar !!! 3 Fenomena alam yang akan berlaku hari ini, jangan terlepas…..

Pada 26 Mei iaitu hari ini akan berlaku 3 peristiwa kosmik atau fenomena alam iaitu gerhana bulan penuh, fasa Bulan Penuh dan Perigee.

2. Bumi mempunyai 2 bayang iaitu bayang kurang gelap (Penumbra) dan bayang paling gelap (Umbra). Gerhana bulan terjadi apabila bulan berada di belakang bumi iaitu sejajar (matahari-bumi-bulan) dan peredaran bulan memasuki Penumbra dan Umbra ini.

3. Tempoh berlangsung gerhana ini adalah 5 jam 2 minit manakala tempoh berlangsung puncak gerhana (bulan dalam Umbra) adalah 14 minit sahaja.

4. Di Semenanjung Malaysia, bulan mula terbit pada 7.15pm manakala di Borneo pula pada pada bulan mula terbit sekitar 6.23pm.

5. Kemuncak gerhana adalah pada pukul 7.18pm dan ini bermakna apabila bulan terbit, gerhana bulan sudah berada di kemuncak manakala di Borneo berpeluang melihat gerhana bulan lebih awal.

6. Sementara itu fasa Bulan Penuh berlaku pada 7.13pm. Sebelum itu di sebelah paginya pada pukul 9.53am berlaku fenomena Perigee iaitu bulan berada paling hampir dengan bumi bagi tahun 2021.

7. Perigee (9.53 am) yang berlaku tidak jauh daripada fasa Bulan Penuh ini (7.13 pm) lebih dikenali sebagai Supermoon (Perigee Syzygy).

Kesan Fenomena:

1. Kesan daripada Supermoon ini akan menyebabkan bulan sedikit kelihatan besar dan sedikit kelihatan cerah (kacauwali semasa gerhana yang sedikit kemerahan) daripada kebiasaannya.

2. Berlaku perubahan terhadap tarikan graviti bumi yang akan memberi kesan kepada air pasang surut lautan. Beberapa kawasan pantai mungkin akan mengalami limpahan air laut atau air pasang besar dan surut ketara. Fenomena Perigee dengan perubahan paras laut ini dipanggil Perigean Spring Tide.

3. Jangkaan bacaan pasang surut di beberapa tempat sekitar fenomena nanti berbanding rekod maksimum adalah seperti berikut:

K. Perlis – 2.65m /Rekod 2.89m
K. Kinabalu – 2.12m / Rekod 2.11m
Klang – 5.27m / Rekod 5.37m
Melaka – 2.57m / Rekod 2.53
K. Terengganu – 2.31m /Rekod 2.51)

4. Bukan cecair di permukaan bumi sahaja (air laut) yang terkesan dengan fenomena-fenomena ini malahan cecair dalam perut bumi (magma) yang jauh lebih banyak isipadunya akan terkesan dengan perubahan tarikan graviti ini.

5. Manifestasinya adalah mungkin akan berlaku keaktifan seismik bumi seperti gempa bumi dan letusan volkano menjelang atau beberapa hari selepas 26 Mei nanti (di kawasan aktif tektonik sahaja). Tambahan pula ribut solar dijangka akan tiba pada awal pagi besok ke bumi hasil daripada Lentingan Jasad Korona (CME) pada Sabtu lalu. Kawasan aktif tektonik seperti kawasan Lingkaran Api Pasifik menarik untuk diperhatikan.

6. Sama-sama kita saksikan fenomena alam ini yang menandakan dan membuktikan kebesaran Allah dalam memelihara dan pengaturan alam ini (mengikut Sunnatullah) dengan cukup sempurna.

“Sebagai suatu Sunnatullah yang berlaku dahulu kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.” Surah Al-Fath : ayat 23.

“Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)”. Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901).

Intipati:

1. Berlaku 3 fenomena alam pada 26 Mei nanti iaitu fasa Bulan Penuh, Perigee dan gerhana bulan penuh. Gabungan fasa Bulan Penuh dengan Perigee dipanggil Supermoon aka Perigee Syzygy.
2. Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh walaupun sudah di pertengahan peristiwa gerhana di ufuk timur.
3. Kesan kepada bumi adalah berlaku air pasang besar atau air surut ketara juga boleh mengaktifkan gempa bumi dan letusan volkano pada beberapa hari akan datang.
4. Kesemua fenomena ini berlaku hanya apabila bumi itu berbentuk sfera

Sumber:https://t.me/BumKita

COMMENTS