Gempak !!! Kereta Jaguar kemek ini dibida lebih setengah juta ringgit

Gempak !!! Kereta Jaguar kemek ini dibida lebih setengah juta ringgit

NILAI sesuatu barang antik yang “rare” kadang-kala mampu mencecah satu nilai yang tidak masuk akal, sama seperti kereta Jaguar XK150S 3.8 S Drophead Coupé ini yang dilelong pada harga $127,552 (RM526, 534) hujung bulan lepas.

Harga tersebut langsung tidak masuk akal sekiranya dilihat kepada keadaan kereta Jaguar tersebut yang agak teruk setelah pemilik sebelumnya melanggar sebatang pokok pada September 1996.

Biarpun dalam keadaan yang dianggap cukup tragis itu, ia langsung tidak menghalang pembida untuk membelinya pada satu harga cukup tinggi daripada harga yang ditawarkan.

Kereta yang didaftarkan pada tahun 1960 ini mula dihasilkan sekitar tahun 1957 hingga 1961, namun ia bukanlah sebuah model yang popular ketika itu.

Menurut agensi lelongan Bonhams, kereta itu berjaya dilelong enam kali ganda pada 22 Mei lalu seperti yang dilapor portal Bloomberg.

Menurut katalog lelongan, kereta itu berada dalam keadaan yang teruk dengan bahagian hadapannya remuk disimpan dan dibiarkan di dalam sebuah garaj yang penuh dengan barang karat.

Biarpun rosak teruk, kereta-kereta yang melalui proses pemulihan kembali ini kebiasaannya cenderung untuk memenangi pertandingan-pertandingan pameran kereta yang berprestij di seluruh dunia.

Baca artikel berkaitan: Budak perempuan 9 tahun pandu kereta untuk pergi berenang di pantai

Ketua Bonhams MPH, Robb Hubbard mengatakan bahawa biarpun pembida dapat mengambil bahagian mereka secara atas talian melalui aplikasi mereka, Jaguar lama yang remuk dan berkarat tersebut dimenangi oleh seorang pembida yang hadir pada majlis lelongan tersebut secara bersemuka.

Penjualan tersebut merupakan lelongan yang pertama dilakukan secara bersemuka tahun ini untuk Bonhams MPH setelah aktiviti lelongan dilakukan secara atas talian ekoran daripada pandemik COVID-19.

“Kadangkala, pembeli gemar dengan kisah di sebalik barang-barang seperti kereta ini dan sanggup untuk membayar dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran,” ujar Pengurus Hagerty’s automotive Intelligence UK, John Mayhead.

Berita Penuh :https://utusantv.com/2021/06/05/jaguar-kemek-setengah-juta/

COMMENTS