Gempak!!! Haqiem Rusli sahkan mahu berkahwin hujung tahun ini

PENYANYI Haqiem Rusli membuat kejutan apabila dia mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis pilihannya pada hujung tahun ini.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri Haqiem menerusi sesi siaran langsung (IG Live) di Instagram miliknya pada pukul 2 pagi tadi.

Penyanyi berusia 23 tahun itu tidak berniat menyembunyikan hal tersebut daripada pengetahuan peminat yang diberi gelaran Qiemilio.

Ternyata perkongsiannya itu telah mendapat hampir 99 peratus persetujuan peminat yang ingin melihat pelantun lagu Mimpi itu naik pelamin.

Malah di laman Twitternya, Haqiem turut menulis ciapan berbunyi, ‘maklumbalas positif dan sesungguhnya saya sangat gembira’

“Saya pun tak tahu bagaimana ada kekuatan dan tiba tiba berkongsi hal mendirikan masjid ini. Tapi saya percaya perkara baik, buat apa disembunyikan.

“Cuma saat ini, belum ada tarikh tepat lagi bila majlis saya akan berlangsung. Saya pun sudah menghadiri kursus kahwin sekitar tahun lalu,” katanya.

Ditanya mengenai bakal isteri, Haqiem bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai latar belakang gadis yang sudah dikenalinya sejak dua tahun lalu.

“Siapa calon bakal isteri saya, biarlah saya beritahu ketika majlis nikah nanti.

“Cukup peminat tahu saya nak kahwin. Selebihnya pasti saya akan kongsi kelak,” ulasnya.

Berita Penuh :

Sengaja bertanya apakah keputusan untuk mendirikan rumah tangga tidak dibuat dalam keadaan terburu-buru sekaligus memungkinkan graf karier seninya merudum, Haqiem menepis telahan liar itu.

“Saya tak fikir sampai ke tahap nama dan populariti akan merudum bila umum nak kahwin.

“Saya reda dengan apa saja kemungkinan mendatang. Janji peminat terbuka dan merestui keputusan besar saya ini, sudah buat saya bersyukur,” jelasnya.

Berita Penuh :https://utusantv.com/2021/05/30/bukan-gimik-haqiem-rusli-sahkan-mahu-berkahwin-hujung-tahun-ini/

COMMENTS