(video) Gelagat Nana Mahazan di dapur buat netizen terhibur

(video) Gelagat Nana Mahazan di dapur buat netizen terhibur

Gelagat Nana Mahazan di dapur buat netizen terhibur.Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan baru-baru ini membuatkan ramai peminat tumpang bahagia apabila dia tampil dengan imej berhijab sekali gus mendoakan yang baik-baik buatnya.

Bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama ini bagaimanapun terbaru menjadi bualan hangat pengguna TikTok selepas satu rakaman video dimuat naik lalu tular di aplikasi terbabit dengan ribuan tanda suka ditinggalkan mereka.

Dalam satu perkongsian, Nana Mahazan yang dilihat di TikTok terpalit satu tragedi di dapur yang mana rasanya para wanita sudah cukup lali dengan keadaan itu.

Walau bagaimanapun, dalam pada masa yang sama video tersebut mengundang peminat Nana Mahazan mengakui tidak mengenalinya sekali pandang kerana penampilan pengacara ini.

Nana Mahazan

@nanamahazanBila dapur declare warrrr! 🤣 Tak tahu la mcm mana botol minyak masak ada air dlm tu.. 😭😭😭😭😭♬ original sound – Nana Mahazan

Rata-rata netizen memberikan pujian terhadap penampilan Nana Mahazan yang bagi mereka semakin cantik malah menyerlahkan lagi kejelitaan selebriti ini dengan imejnya itu.

Ruangan komen di hantaran video itu nampaknya dengan pantas dibanjiri dengan pelbagai pujian daripada peminat yang kini mencecah hampir 900 komen selepas dikongsikan di TikTok kelmarin.

“Akak tak cam Nana tadi. Alhamdulillah cantik sangat, semoga kita semua terus istiqomah menuju ke arah yang lebih baik”

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/2021/09/17/penampilan-nana-mahazan-dapat-pujian-netizen-persis-wan-sharmila/

COMMENTS