Gelagat lelaki bawa 4 isteri, 13 anak beli baju raya tarik perhatian

Gelagat lelaki bawa 4 isteri, 13 anak beli baju raya tarik perhatian. Seorang lelaki berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya.

Seorang pengguna TikTok, Fazlin memuat naik video dia bersama keluarga besarnya itu mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkemuka bagi membeli baju raya masing-masing.

Menerusi kapsyen video yang dikongsikan, Fazlin sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama keluarganya memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.

“Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kawan-kawan bila anak semua dah besar.

@fazlin775

Assalammualaikum….

♬ Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

“Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan,” katanya.

Sehubungan itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sifat adil lelaki berkenaan serta kagum melihat hubungan besar keluarga tersebut.

“Seronoknya, hari raya tak balik kampung pun, dah meriah satu rumah dengan anak-anak dan bini-bini, moga hubungan keluarga besar ini terus dalam keadaan baik,” ujar Mazlin Aziz.

“Itulah orang lelaki, nak poligami biar bijak urus keluarga, bukan sibuk bini dan keluarga baru, lupa anak bini yang lama, kalau boleh adil macam abang ini, baru boleh nak rancang kahwin ramai,” pesan Shamimi Hasri.

“Abang, pernah tak masa keluar berjalan, tertinggal seorang dua kat belakang, maklumkan ahli ramai sekali pergi ‘shopping’,” tanya Razali. – KOSMO! ONLINE.

BACA:

“Guna KWSP khas labur saham lepas tu terus muflis”, lelaki kongsi cerita

Chef Ammar diuji lebih teruk kalini, dakwa gerai Nasi Arabnya kena sihir!

Dakwaan guna buruh kasar, Ferrero Rocher nak boikot minyak sawit daripada Sime Darby