Gaya pakcik ini bikin ramai tergelak, dia tuck-in baju hujan..

Gaya pakcik ini bikin ramai tergelak, dia tuck-in baju hujan.. Pemakaian yang kemas sememangnya meningkatkan lagi keyakinan diri

Iyalah, pakaian yang kemas juga akan mengubah persepsi seseorang terhadap kita. Sudah tentu pentingnya menjaga penampilan diri. Tambahan lagi, jika anda berjumpa dengan orang betul tak?

Namun, ramai juga yang memilih untuk memakai kasual tetapi masih mementingkan kekemasan. Ia semua terpulang kepada individu itu.

Tetapi, lain pula yang terjadi kepada seorang pak cik ini apabila tular videonya tuck in baju hujan di dalam seluar telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Gaya pakcik ini bikin ramai tergelak, dia tuck-in baju hujan..

Ditegur sebab masukkan baju hujan dalam seluar

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang rider sedang berada di sebuah stesen minyak sebelum tiba seorang pak cik yang turut mengisi minyak di situ.

Namun, salah seorangnya menegur pak cik tersebut dengan memberitahu “Baju hujan jangan tuck in,” katanya. Pak cik itu kemudian menjawab, “Tak boleh nanti basah.”

Jika dilihat dari caranya, mungkin juga pak cik itu sudah terbiasa tuck in baju hujan dan selesa dengan cara itu.

“Hahaha style orang lama tuck in” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi reaksi masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 281.8K views, 11.9K likes dan 147 shares di TikTok.

@joerizal Ride ke jelubu. #kualaloco ♬ bunyi asal – Joe Rizal

BACA:

Kecoh bergaduh dalam Balai Polis, ini punca pergaduhan

Rahim Sepahtu dedah sebab Shuib merajuk tak nak sertai Sepahtu Reunion

Ini yang anda perlu hadam sebelum buat keputusan beli atau sewa rumah