Gara – gara menyamar sebagai hantu wanita mati di tembak

Gara – gara menyamar sebagai hantu wanita mati di tembak

Gara – gara menyamar sebagai hantu wanita mati di tembak.Tindakan seorang wanita yang menyamar sebagai hantu dengan niat untuk menakut-nakutkan jirannya berakhir tragedi apabila dia mati ditembak seorang penduduk, lapor akhbar New York Post semalam.

Ketika kejadian, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan sedang merayau-rayau di jalan-jalan di bandar Naucalpan de Juárez, Mexico dengan memakai sehelai gaun putih dan kerudung.

Wanita itu turut melaungkan kata-kata “Oh, anak-anakku”, dalam nada menyeramkan dengan meniru aksi hantu dikenali sebagai ‘La Llorona’ di Amerika Latin.

Menurut kepercayaan penduduk tempatan, hantu ‘La Llorona’ sering berkeliaran di jalan-jalan sambil meratapi kematian anak-anaknya.

Wanita tersebut dilaporkan berbuat begitu kerana mahu menakut-nakutkan penduduk di kawasan kejiranan San Miguel Doram pada 15 Oktober lalu.

Seorang penduduk berjaya merakam kelibat wanita itu tidak lama sebelum dia ditembak sebanyak beberapa das tembakan oleh seorang jiran yang takut melihatnya.

Suspek bagaimanapun telah melarikan diri selepas menembak mati wanita tersebut dan sehingga kini, belum ada tangkapan dibuat berkaitan dengan insiden tembakan itu.

Pihak berkuasa negeri telah melancarkan siasatan terhadap kejadian yang mengejutkan itu

Baca :Lelaki tidak sedar terakam gambar UFO

COMMENTS