Gantung bendera Malaysia terbalik, lelaki Bangladesh mohon maaf

Gantung bendera Malaysia terbalik, lelaki Bangladesh mohon maaf. Lelaki warga Bangladesh yang menggantung bendera Malaysia terbalik di luar sebuah flat, dihukum denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hukuman diputuskan Majistret P Sarulatha selepas tertuduh, Hosin Ab Diplap, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Hosin didakwa dengan sengaja mencetuskan kemarahan awam melalui tindakannya itu yang dilakukan pada 12.40 tengah hari, 26 November lalu.

Dia yang bekerja sebagai operator kilang plastik di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Bukit Raja dan pendakwaan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Gantung bendera Malaysia terbalik, lelaki Bangladesh mohon maaf

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan tindakannya yang tidak menghormati Malaysia.

Jelasnya, hukuman berkenaan adalah bagi memberi pengajaran terhadap tertuduh.

Sementara itu, Hosin yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada Malaysia atas tindakannya, malah lelaki itu turut menyatakan dia suka dan sayangkan negara ini.

Media pada 27 November lalu, melaporkan seorang lelaki Bangladesh ditahan polis kerana memasang Jalur Gemilang terbalik di luar kediamannya.

Tindakan biadab lelaki itu turut ditegur Pengerusi Komuniti pangsapuri berkenaan namun dia didakwa masih berdegil dan enggan menurunkan bendera terbalik itu yang menyebabkan penduduk membuat laporan polis.

BACA:

Tong gas meletup waktu goreng ikan, wanita melecur satu badan

Soalan Zain Saidin ini buat Rozita Che Wan terkedu

Isteri Shahidan anggap pemecatannya dari Umno tak masuk akal