Gambar bercuti Fizo Omar meriah dengan komen tentang OctaFX

Gambar bercuti Fizo Omar meriah dengan komen tentang OctaFX. Umum mengetahui platform pelaburan, OctaFX yang sememangnya dikenali ramai kini memasuki senarai maran Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanapun, duta pelaburan tersebut iaitu pelakon Fizo Omar masih terus membisu apabila usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan selebriti itu gagal.

Baru-baru ini, Fizo dilihat ada memuat naik gambarnya bersama isteri, Fazeera Nazri dilihat sedang bercuti di Johor dan menaiki jet ski berdua.

Gambar bercuti Fizo Omar meriah dengan komen tentang OctaFX

Seperti sudah dijangka, perkongsian Fizo itu diserang oleh netizen yang meninggalkan kata-kata sindiran di bahagian komen sedangkan ia tiada kena mengena dengan syarikat pelaburan itu.

Diruangan komen, ada yang bertanyakan adakah duit yang digunakan untuk bercuti itu merupakan hasil kerja menjadi duta syarikat pelaburan saham berkenaan.

Meskipun pelbagai komen sindiran ditinggalkan netizen, namun tiada jawapan balas daripada Fizo yang mungkin memilih untuk berdiam diri.

Terdahulu, selain BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

BACA:

Berhajat melancong ke luar negara? Ini tips penting untuk korang tahu cara guna atm di luar negara

Lelaki ini jadi manusia kedua terkaya dunia selepas hartanya meningkat dalam tempoh sehari saja

Mas Idayu jadi pengantin yang pertama di Malaysia pakai ‘veil’ terapung