Gadis terperangkap dalam banjir di ofis jadi perhatian

Gadis terperangkap dalam banjir di ofis jadi perhatian. Cuaca hujan yang tidak menentu sekarang ini membuatkan ramai berjaga-jaga sekiranya terpaksa menghadapi banjir seperti banjir besar yang pernah berlaku di Selangor dahulu. Baru-baru ini pula, seorang gadis berkongsikan situasi cemas di mana dia terperangkap di tempat kerja seorang diri gara-gara banjir.

Di dalam video yang dikongsikan itu, gadis itu dilihat masih lagi berada di tempat kerja dan menunggu ahli keluarga tiba untuk menjemputnya. Menurutnya, pada waktu itu air hujan semakin naik manakala dia pula hanya tinggal seorang diri sahaja di tempat kerja.

Air yang semakin naik itu juga membuatkan beberapa kenderaan terpaksa berpatah balik kerana tidak dapat meneruskan perjalanan. Namun kedua ibu bapanya tetap memandu untuk menjemputnya walaupun terpaksa mengharungi air banjir yang semakin naik.

@_.chajaa.jaa._ Replying to @surihani 4 jam terkandas banjir. Alhamdulillah, semua baik2 jea🥺Thank you yang mendoakan🥹Pukul 11 malam baru selesai semua❤️ #fypシ #foryou #foryoupage #foryourpage #tiktokpeliyfyp #banjir ♬ original sound – Ikmal Alif


Gadis itu kemudian menerima panggilan telefon dari ibunya memaklumkan kereta mereka tersangkut di dalam longkang dan tidak dapat bergerak. Mereka juga cuba untuk menolak semula kereta tersebut namun tidak berjaya dan kembali menunggu di kilang tempatnya bekerja.

Gadis terperangkap dalam banjir di ofis jadi perhatian

Keadaan banjir yang tidak surut itu juga menyebabkan mereka terpaksa berlindung di situ sementara menunggu bantuan tiba. Difahamkan, kira-kira jam 10 malam pasukan bomba tiba untuk menyelamatkan mereka dan berjaya membawa mereka keluar dengan selamat.

Perkongsian video yang dimuat naik itu juga turut membuatkan rata-rata netizen berasa cemas melihat situasi yang dialami gadis ini. Malah ada yang turut berasa terharu melihat kesungguhan kedua ibu bapanya yang berusaha menempuh banjir untuk menyelamatkan anak mereka ini.

“Alhamdulillah, nangis saya tengok sebab awak tunggu parents awak…”

“Ya Allah tiba-tiba rasa sebak. Macam mana pun kesusahan anak ibu ayah berusaha untuk membantu…”

“Sedih, sama macam my parents masa nak ambik dekat perlis banjir teruk tahun 2010 tak silap. Perlis dah pulau masa tu, tinggal satu jalan je dapat keluar.”

“Kalau saya pun meraung tu sorang-sorang kat situ. Takut dan sedih sebab bahaya ada di mana-mana sekarang…”

BACA:

Kerja baru sebulan dah berani pinjam bank RM90K, terkedu pegawai bank dengar alasan lelaki ni

Diramal kalah di Pagoh, ini respon Muhyiddin

Maria Tunku Sabri kecam Air Asia, ini “Delay Asia!”