Gadis Terpaksa selongkar tong sampah food court,”

Gadis Terpaksa selongkar tong sampah food court,”

Gadis Terpaksa selongkar tong sampah food court,”. itulah kapsyen yang tertera pada video seorang gadis yang kehilangan barang yang dianggap penting dan berharga untuk dirinya.

Video yang dikongsi gadis berkenaan menunjukkan dia sedang menyelongkar tong sampah kerana tidak sengaja terbuang retainer gigi miliknya sendiri.

Setakat ini video tersebut meraih sebanyak 840,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Durrani Waheda Wahed, 18, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia keluar makan bersama ibunya, Shakilawati Maideen, 47, dan kakaknya, Nur Maisarah Waheda Wahed, 22, di sebuah pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan.

Jelasnya lagi, dia baru sahaja sembilan hari menggunakan retainer itu setelah hampir dua tahun memakai pendakap gigi.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Durrani Waheda Wahed, 18, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia keluar makan bersama ibunya, Shakilawati Maideen, 47, dan kakaknya, Nur Maisarah Waheda Wahed, 22, di sebuah pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan.

Gadis

Jelasnya lagi, dia baru sahaja sembilan hari menggunakan retainer itu setelah hampir dua tahun memakai pendakap gigi.

“Saya tertinggal retainer box dalam kereta, jadi waktu itu cuma guna tisu untuk balut. Lepas dah cuci, saya letaklah dalam plastik makanan. Tapi masa makan di food court tu kakak gunakan plastik yang ada retainer tu untuk letak sampah.

“Saya terlupa yang retainer ada dalam plastik tu dan kakak pula buang selepas selesai makan. Saya teringat pasal retainer tu pun selepas ternampak retainer box dalam kereta sewaktu dah nak gerak balik.

“Masa tu memang terkejut dan takutlah kena bebel dengan mak, kos nak buat tu saja dah RM200. Maklumlah, saya baru je pakai retainer dan ini merupakan kali pertama keluar pakai benda tu,” katanya.

Lebih mesra disapa Durra, dia yang ditemani kakaknya kemudian gigih menyelongkar tong sampah sekitar kawasan medan selera yang mereka sekeluarga makan untuk mendapatkan semula retainer tersebut.

Mengakui malu kerana dipandang orang ramai ketika itu, Durra bagaimanapun lega apabila dia akhirnya bertemu dengan apa yang dicarinya di dalam tong sampah yang ketiga.

“Saya korek semula tong sampah di situ dengan harapan dapat jumpa semula. Ada juga rasa macam sudah tiada harapan sebab terlampau banyak sampah, nasib baik dalam tong sampah ketiga dah jumpa retainer yang dibalut kemas dengan tisu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Ambil masa lebih kurang 10 minit jugalah nak mencari, memang saya rasa malu kerana orang sekeliling semua pandang je. Ada seorang tu siap kata, awak cantik, kenapa selongkar tong sampah?

“Kakak saya yang rekod video itu sebab dia tahu adik dia ni memang seorang yang cuai. Sebelum ni cermin mata saya dah tiga kali patah sebab letak merata tempat,” katanya yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah.

IMG_7990

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia bernasib baik kerana retainer tersebut masih dalam keadaan terbalut rapi dan tidak terkena sisa makanan lain di dalam tong sampah.

Durra turut berpesan kepada pemakai retainer untuk menggunakan kotak yang diberikan sebaik mungkin bagi mengelakkannya daripada tercicir.

“Kira bernasib baik jugalah waktu dah jumpa tu, retainer saya memang tak terkena makanan lain langsung pun. Saya membilasnya dengan air di sinki, bila dah sampai rumah barulah cuci guna berus dan sabun.

“Disebabkan tak kotor terkena kotoran sampah, jadi saya tak rasa geli sangat. Cuma bila teringat malu tu, rasa macam nak baling je retainer tu.

“Pesanan saya untuk mereka yang pakai retainer ni, janganlah balut dalam tisu sebab nanti risau terlupa dan terbuang dalam tong sampah macam kes saya ni. Tolonglah manfaatkan kegunaan retainer box yang diberikan itu sebaik mungkin,” katanya.

Berit Penuh : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/09/09/awak-cantik-kenapa-selongkar-sampah—gadis-tebal-muka-cari-retainer-gigi-dalam-tong-sampah-food-court-mujur-tak-geli-sangat-nak-guna-semula#cxrecs_s

BACA: Warga Palestin di serang lagi dengan anggota tentera Israel

COMMENTS