Gadis suka makan ramen pedas, minum Redbull kini terpaksa hadap pelbagai jenis ubat

Gadis suka makan ramen pedas, minum Redbull kini terpaksa hadap pelbagai jenis ubat. KESIHATAN tubuh amat berkait rapat dengan diet dan amalan pemakanan.

Segala apa yang dimakan akan memberikan kesan kepada sistem pencernaan.

Begitulah satu pengajaran yang perlu diterima seorang wanita apabila dia dimasukkan ke hospital kerana komplikasi penyakit.

Menerusi satu video TikTok yang dikongsinya, Fatin Nursyauqina menceritakan bagaimana dia sangat menggemari kombinasi mi segera ramen yang pedas melampau dan air berkarbonat RedBull.

Mi segera ramen yang merupakan makanan dari Korea Selatan ini menjadi kegilaan mereka yang mahu menjamu selera sambil bergenangan air mata.

Santapan ramen yang berkalori tinggi dan minuman tepu gula telah menjadi makanan ruji untuk Fatin siang dan malam.

“Aku ni obses gila dengan Ramen. Kalau boleh hari-hari nak makan Ramen,” kata Fatin.

Gadis suka makan ramen pedas, minum Redbull kini terpaksa hadap pelbagai jenis ubat

Dalam video itu dapat dilihat Fatin mempunyai stok bekalan mi segera ramen yang sangat banyak.

Waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dia menjadikan mi segera ramen sebagai menu utama.

‘Peneman’ kepada juadah mi segera ini pula ialah air berkarbonat RedBull yang diminum oleh Fatin dalam kuantiti berlebihan seolah-olah ia adalah air kosong.

“Aku obses dengan RedBull juga. Kadang-kadang tukar dengan air Coca – Cola.

Aku pun suka makan Ramen tapi tak boleh makan setiap hari. Sebulan tu ada la dua atau tiga kali kot.
NETIZEN
“Ataupun jus oren Twister. Air ini aku akan minum sambil makan ramen

“Dah macam tak ada makanan lain. Kalau tak ada ramen, gantikan dengan Maggi.

“Asalkan pedas mesti aku makan,” ujar Fatin dalam video itu.

Corak pemakanan tidak sihat itu akhirnya membawa kesan yang buruk kepada Fatin apabila dia dimasukkan ke wad kecemasan kerana jatuh sakit.

Pemakanan tidak sihat Fatin hanya mengundang bahana di kemudian hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Di ruangan komen, Fatin memaklumkan yang dia didiagnos dengan apendiks dan perlu melalui pembedahan kecil.

Paparan foto pada video menunjukkan Fatin terpaksa melalui ujian tekanan darah dan juga sampel darahnya diambil.

Selain itu Fatin juga diberikan ‘timbunan’ ubat-ubatan yang perlu diambilnya.

“Kan dah mendapat, suka-suka je ambil darah aku.

Ubat-ubatan yang harus diambil oleh Fatin.

“Kalau boleh banyak lagi ubat yang doktor nak bagi aku ni.

“Hari-hari kena telan. Macam gula-gula tapi hakikatnya bukan. Lagi dan lagi semuanya ubat.

“Makanan sekarang bertukar daripada ramen menjadi bubur dan Milo. Kesimpulannya kurangkan makan benda-benda yang tak elok,” kata Fatin mengakhiri bicara.

Ramen menjadi makanan ruji untuk Fatin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menjadikan kisah Fatin itu sebagai pengajaran kepada yang lain.

“Nak makan Maggi atau ramen boleh je tapi sebulan sekali la. Kalau hari-hari makan macam tu memang mendapat la.

“Aku pun suka makan ramen tapi tak boleh makan setiap hari. Sebulan tu ada la dua atau tiga kali kot.

“Macam mana la boleh minum RedBull macam tu je, manis gila kot,” demikian komen sebilangan warga maya.

BACA: 

Semak jadual pembayaran BTR Fasa 1 2023, kemaskini tarikh bayaran

Ikan raksasa kuno ini pernah ditemui di Sungai Kedah, makan monyet dan digeruni piranha