Gadis putih mata , kekasih pilih janda sebagai isteri

Gadis putih mata , kekasih pilih janda sebagai isteri

Gadis putih mata , kekasih pilih janda sebagai isteri. Seorang gadis menjadi tular di media sosial apabila berkongsi kisah cintanya yang berakhir akibat kekasih memilih janda anak satu sebagai isteri, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok @tetapbesarhati_, gadis itu memberitahu bahawa bekas kekasihnya itu seorang anggota tentera dan mereka sudah bercinta selama empat tahun.

Namun begitu, hubungan mereka berakhir apabila lelaki itu mengenali janda yang bekerja di sebuah kelab malam ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.

“Kamu memilih untuk mengakhiri percintaan empat tahun demi mengejar cinta seorang janda yang dikenali di kelab malam. Saya reda tetapi berharap kamu cepat sedar daripada kesilapan.

“Saya berharap kamu berubah menjadi lelaki baik dan polos seperti dahulu iaitu seorang lelaki yang tidak tahu atau mengenali apakah itu kehidupan malam (berhibur di kelab malam),” tulis keterangan video.


GadisKisah sedih gadis itu mengundang rasa simpati netizen yang memberi sokongan moral kepadanya.

“Sabarlah, semoga Allah gantikan kehilangan anda dengan jodoh lebih baik,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Jangan hanyut dalam kesedihan, pasti ada hikmah di sebalik perpisahan ini,” komen seorang lagi.

Berita penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/09/26/gadis-kecewa-kekasih-pilih-janda-sebagai-isteri/

Baca :Kerana suami ‘terlalu hodoh’ Wanita hamil anak bekas kekasih
Baca: Wanita dedah derita disantau hingga perut membusung

COMMENTS