Gadis jelita penjual siomay tepi jalan curi tumpuan

Gadis jelita penjual siomay tepi jalan curi tumpuan

Gadis jelita penjual siomay tepi jalan curi tumpuan.Seorang penjual siomay dari wilayah Jawa Tengah, Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memiliki rupa paras yang cantik, lapor laman berita Suara.com semalam.

Siomay merupakan sejenis makanan dari Indonesia yang menggunakan dumpling ikan kukus yang dimakan bersama tauhu, sayur-sayuran dan kuah kacang.

Aksi gadis penjual siomay itu pada awalnya dimuat naik oleh akaun TikTok @ipunkwahyono.

Berdasarkan klip video tersebut, gadis berkenaan sedang melayan pembeli sambil memasukkan siomay ke dalam beg plastik.

Penampilan sederhana gadis itu yang hanya berseluar jeans dan berbaju hitam serta memakai pelitup muka menjadi perhatian netizen yang menyedari bahawa dia memiliki rupa paras yang cantik.

Gadis itu dikatakan menjual makanan tersebut di sebuah lokasi pelancongan, Air Terjun Girimanik di daerah Wonogiri dalam wilayah Jawa Tengah.

Sejurus dimuat naik di media sosial, video gadis tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang menyukai hantaran tersebut serta memberikan pelbagai komen.

“Kalau begi rupa penjualnya, pasti yang bujang akan kerap membeli walaupun tidak makan,” kata seorang netizen.

Baca :Sajat dedah siapa dirinya yang sebenar

COMMENTS