Gadis ditemukan mati di kubur bapanya

Gadis ditemukan mati di kubur bapanya

gadis muda ditemukan mati di kubur bapanya.Seorang gadis muda ditemukan mati di kubur bapanya di Desa Japan, Mojokerto, Jawa Timur, baru-baru ini.

Gadis berusia 23 tahun itu dipercayai membunuh diri dengan minum racun selepas hamil luar nikah akibat terlanjur dengan seorang anggota polis.

Kisah kematian gadis itu turut tular dalam Twitter dengan seorang daripada pengguna media sosial itu mengakui dia merupakan rakan kepada mangsa.

Mangsa dilaporkan mengalami tekanan perasaan selepas hubungan cintanya dengan anggota polis tersebut semakin renggang, selain mengandungkan anaknya.

Dalam pada itu, jurucakap polis, Hadi Supraptoyo berkata, teman lelaki gadis itu sudah ditahan bagi membantu siasatan.

“Gadis itu dan anggota polis tersebut sering terlanjur dan hasilnya, sudah dua kali mangsa hamil iaitu pada Mac 2020 dan Ogos 2021.

“Namun, kedua-dua kandungan itu digugurkan dengan persetujuan mereka iaitu ketika kandungan berusia beberapa minggu bagi pertama kali dan kandungan berusia empat bulan untuk yang kedua kali,” katanya.

Sehubungan itu, anggota polis tersebut bakal didakwa dengan kesalahan sengaja menggugurkan kandungan dan kini ditahan di balai polis Mojokerto.

Sementara itu, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian gadis tersebut serta racun yang diambilnya.

Baca:‘Patutlah saya telefon tak jawab, rupanya awak sudah tiada’

COMMENTS