Gadis dikecam jaja aib sendiri demi konten

Gadis dikecam jaja aib sendiri demi konten

Gadis dikecam jaja aib sendiri demi konten.Bukan semua perkara boleh dikongsikan di media sosial untuk tatapan orang awam. Ada yang perlu disimpan sendiri kerana boleh jadi ia akan mengaibkan diri kita sendiri.

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang perempuan yang gemar mengangkat topik berkenaan isu ‘terlanjur’ sehingga membuatkan orang lain kurang senang.

Cerita pernah terlanjur dekat boyfriend

Dalam salah satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok dikenali sebagai @siti_1997, dia berkongsi reaksi pasangannya ketika diberitahu yang dirinya pernah ‘terlanjur’ sebelum ini.

Dapat dilihat lelaki itu agak kecewa dan hanya menunduk selepas mendengar pendedahan tersebut. Menurut gadis itu, dia tidak lagi mahu menipu kerana pasangannya amat menyayanginya.

Sanggup buka aib demi konten
Namun, disebabkan pendedahan beraninya itu, ramai yang telah meninggalkan komen supaya tidak menjaja kisah aib tersebut untuk dijadikan konten di media sosial.

Hal-hal sebegitu seharusnya dibincang secara tertutup kerana kesilapan yang pernah dilakukan bukan sesuatu yang haru ditayang kepada umum memandangkan sebelum-sebelum ini dia juga pernah membangkitkan isu sama berkaitan keterlanjuran.

BACA: Wanita Reda Terpaksa Buang 16Kg Lebih Ayam Gara-Gara..

COMMENTS