Gadis cantik penjual kambing bergelar mahasiswi universiti

Gadis cantik penjual kambing bergelar mahasiswi universiti

Gadis cantik penjual kambing bergelar mahasiswi universiti.Seorang gadis jelita menjadi sensasi internet kerana kerana tidak kekok untuk bekerja sebagai penjual kambing di pasar, lapor laman berita Suara.com semalam.

Candra Dwi Ferbiani, 21, menjadi orang tengah atau perantara perdagangan (antara penjual dan pembeli) dalam jualan haiwan ternakan.

Dia yang berasal dari Wonogiri itu mengaku bekerja sendiri dan sering menghabiskan masa lapang di rumah.

Apa yang membanggakan adalah dia merupakan pelajar jurusan Pendidikan Bahasa Indonesia dan ketika ini berada di semester ketujuh di Universiti Indraprasta, Jakarta.

Gadis

Candra mula menjual kambing selepas memulakan pengajian secara online berikutan penularan Covid-19. Malah, sejak sekolah menengah lagi dia sering menemani bapanya berniaga haiwan itu di pasar.

“Saya sengaja mencari aktiviti untuk dilakukan pada masa senggang ketika kuliah berlangsung secara online,” katanya.

Sementara itu, Candra mula mendapat perhatian di media sosial selepas abangnya merakam video dirinya tanpa pengetahuannya dan memuat naik ke akaun Tiktok miliknya.

Candra menjual empat jenis kambing antaranya biri-biri, Jawa, Etawa, dan PE (Etawa Peranakan).

BACA: Pemancing diekori ‘manusia jadian ’

COMMENTS