Frontliners bantu ucap syahadah,pesakit terbaring mahu masuk Islam

Frontliners bantu ucap syahadah,pesakit terbaring mahu masuk Islam

frontliners bantu ucap syahadah,pesakit terbaring mahu masuk Islam.Meskipun pandemik Covid-19 dianggap sebagai mengancam nyawa, namun masih terdapat hikmah di sebalik kejadian bagi segelintir individu sekali gus dapat mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Terbaharu, tular sebuah video di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna laman Facebook, Jhaysa Daud hari ini memaparkan seorang wanita dipercayai pesakit Covid-19 terbuka hati bagi memeluk Islam.

“Seorang wanita di Sandakan, Sabah minta masuk Islam sebelum ditidurkan,” dakwa Jhaysa menerusi ruangan kapsyen posting tersebut.
Menerusi rakaman berdurasi dua minit 15 saat itu, wanita berkenaan dilihat sedang terbaring di atas katil hospital dengan menggunakan tiub bantuan pernafasan sebelum didatangi beberapa petugas kesihatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Video Dakwah (@videodakwah.my)


Petugas tersebut yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) turut memegang sekeping kertas tertulis dua kalimah syahadah bagi memudahkan proses pengislaman.

Sumber: https://ohmymedia.cc/tular-video-pesakit-terbaring-mahu-masuk-islam-frontliners-bantu-ucap-syahadah/

BACA: Dah kalah berjudi online Jual isteri sendiri pulak

COMMENTS