Founder kosmetik ‘menyesal’ beli Lamborghini, “bonet kecik, muat cash RM2 Juta je..”

Founder kosmetik ‘menyesal’ beli Lamborghini, “bonet kecik, muat cash RM2 Juta je..”. Seorang pengasas produk kecantikan tampil menjawab soalan pengikut yang bertanya sekiranya berbaloi untuk memiliki kereta model Lamborghini seperti digunakannya dalam kehidupan seharian.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, usahawan wanita itu bagaimanapun mengeluh kerana ia tidak berbaloi memandangkan kenderaan mewah tersebut mempunyai saiz bonet yang kecil.

Lebih menarik perhatian netizen apabila dia berkata, ruang bonet kecil itu menyebabkan dirinya tidak dapat memuatkan sejumlah duit bernilai jutaan ringgit dipercayai diperoleh daripada hasil perniagaan.

@farhanazahra91 Hmmm xberbaloi betul , tengok la tu muat 2 juta je duit yg ayunieso bagi , nanti lagi 8 juta yg dia kena bayar cikna nak letak mana 😭😭😭 #lamborghini #bodyguard #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra

“Okey ramai tanya, berbaloi ke beli kereta Lamborghini ni? Jom saya tunjuk berbaloi ke tak.. hmm tak berbaloi sebabnya dalam bonet ni, muat RM2 juta je.

Founder kosmetik 'menyesal' beli Lamborghini, "bonet kecik, muat cash RM2 Juta je.."

Jadi tak berbaloi beli kereta ni, sebab bonet dia kecil.. boleh letak duit sikit je,” katanya dalam video dimuat naik baru-baru ini.

Difahamkan, usahawan berkenaan juga seolah-olah ‘buntu’ mencari ruang untuk menyimpan duit kerana akan menerima lagi pembayaran sebanyak RM8 juta daripada rakan perniagaan.

“Mmm tak berbaloi betul, tengok la tu muat RM2 juta je duit yang Ayunieso (rakan bisnes) bagi, nanti lagi RM8 juta yang dia kena bayar nak letak mana,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video berdurasi hampir seminit itu meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 5,000 komen netizen yang rata-rata mengkritik ak.si usahawan itu seperti gemar mempamerkan kekayaan.

Tidak kurang juga terdapat segelintir individu melabel usahawan tersebut sebagai riak selain meninggalkan pelbagai ayat berbentuk sindi1an.

BACA:

Baru je kantoi menipu dengan SIRIM, founder kosmetik ni dikecam lagi ‘jual’ produk depan kaabah

Mahu tayang Lamborghini di Langkawi, dua ‘founder’ kena gelak

Viral Founder muda Beli Alphard Cash, Longgok Duit Atas Meja je…