‘Fish and cheap”, ramai terhibur dengan hidangan ini

‘Fish and cheap”, ramai terhibur dengan hidangan ini. Hidangan ‘fish and chips’ versi mampu milik yang digelar ‘fish and cheap’ seperti dikongsikan di media sosial membuatkan warganet terhibur.

Lengkap berserta secawan kopi, orang ramai ada berseloroh menganggap itu pula sebagai air Americano.

“Sedap dapat ikan seketul”, kata netizen manakala ada yang mengusik, “The real fish”.

'Fish and cheap", ramai terhibur dengan hidangan ini'Fish and cheap", ramai terhibur dengan hidangan ini

Dalam masa sama, ada yang membuat cadangan supaya juadah yang berasaskan ikan dan kentang goreng itu lebih mencetuskan jenaka.

“Nak lagi kelakar patutnya fries tu ganti dengan keropok kentang je. Baru betul ‘fish’ and ‘chips‘,” tulis Yusuff Zulqarnain.

Untuk rekod, juadah ‘fish and chips’ yang berasal dari United Kingdom menggunakan ikan kod sebagai ramuan utama makanan itu.

BACA:

Akhirnya Man Raja Lawak dedah perangai Tauke, ‘Letih kena sidai”

Sultan Brunei kini tersenarai sebagai pemerintah paling lama di dunia

Mahu tayang Lamborghini di Langkawi, dua ‘founder’ kena gelak