FB Kedutaan Ukraine tutup tuangan komen teruk diserang netizen Malaysia

FB Kedutaan Ukraine tutup tuangan komen teruk diserang netizen Malaysia

FB Kedutaan Ukraine Tutup Ruangan Komen Teruk Diserang Netizen Malaysia.Kemenangan atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) di sukan Paralimpik Tokyo semalam direntap oleh pihak penganjur apabila terdapat protes dari Ukraine – yang menduduki tempat kedua dan ketiga – kerana isu kelewatan masuk ke “call room” (bilik menunggu) sebelum pertandingan bermula.

Sejak semalam netizen sudah mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Di Twitter, Facebook dan Instagram semua orang mendesak agar emas itu dipulang kepada Ziyad Zolkefli. Mereka berpendapat protes itu tidak berasas dan seolah-olah mahu menafikan kemenangan Ziyad yang bukan sahaja memenangi emas tetapi berjaya memecahkan rekod dunia.

Selain itu Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu berkata dalam ciapannya bahawa perkara ini akan dibawa kepada pengetahuan CDM (Chief de mission) selepas protes daripada Ukraine masih diterima, “Counter protes daripada 3 negara akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi. Kita pertahankan! Mohon doa rakyat Malaysia,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, difahamkan bahawa netizen Malaysia turut menyerang halaman Facebook Kedutaan Ukraine di Malaysia sehingga memaksa mereka menutup ruangan komen. Kelihatan di halaman rasmi Kedutaan Ukraine di Malaysia hanya membenarkan orang-orang tertentu sahaja untuk meninggalkan komen.

Situasi genting yang menaikkan kemarahan rakyat Malaysia turut mendapat perhatian Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo. Di dalam satu hantaran terbarunya di Facebook, beliau berkata bahawa terdapat beberapa persoalan mengenai keputusan lemah pihak penganjur sehingga tercetusnya kontroversi tersebut, “Soalan-soalan ini harus ditangani dengan cepat dan telus untuk menjaga semangat Sukan Olimpik,” katanya.

FB

Beliau turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Ziyad Zolkefli, “Saya mengucapkan tahniah kepada Ziyad Zolkefli dengan prestasi yang luar biasa, memecahkan rekod dunia dalam F20. Dia memang akan kekal sebagai juara sejati di hati banyak orang, bukan hanya rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran yang dimuat naiknya semalam.

Terdahulu Ziyad Zolkefli berjaya memperagakan aksi yang baik apabila berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara lontar peluru. Lebih manis lagi, beliau bukan sahaja beejaya memecahkan rekod dunia, malah mengatasi catatan rekod kebangsaan atlet normal 17.58 yang dipegang oleh Adi Alifuddin Hussin pada Sukan SEA 2011.

Lontaran ketiganya, 17.94 berjaya memecahkan rekod dunia 17.29 miliknya yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017. Namun segala rekod ini lebur selepas keputusan lemah oleh pihak penganjur disebabkan kelewatan untuk masuk ke ruang menunggu. Setakat hari ini, Malaysia berjaya memperolehi emas pertama di Paralimpik Tokyo daripada Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding dalam acara powerlifting.

Berita Penuh : https://www.thevocket.com/ukraine-protes-emas-ziyad-zolkefli/

BACA: Usul Undi Tidak Percaya Kerajaan Thailand

COMMENTS