Fauziah Nawi Tegur Pelakon ‘Antivaksin’ Jangan Berlagak Bila Dapat Job

Fauziah Nawi Tegur Pelakon ‘Antivaksin’ Jangan Berlagak Bila Dapat Job

Fauziah Nawi Tegur Pelakon ‘Antivaksin’ Jangan Berlagak Bila Dapat Job.Kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, berkuatkuasa esok.

Susulan daripada pengumuman tersebut, pelakon veteran, Fauziah Nawi memberi teguran buat anak seni yang antivaksin agar tidak terlalu ‘berlagak’ di media sosial seandainya mereka sudah menerima tawaran berlakon.

Alhamdulillah kita dah boleh shooting. Tetap ikut SOP. Siapa yang dah vaksin dua dos baru boleh buat kerja. Tapi, ada juga yang berlagak tak vaksin pun boleh shooting. Jangan jealous. Rezeki Allah. Tak ada siapa jealous hai. Memang rezeki Allah. Tapi jangan pasal kau, orang lain pulak susah. Kalau #KKM #MKN #FINAS tahu macam mana? Tak pasal kebenaran ditarik balik. Jangan provoke lah. Fikirkan orang lain yang susah ni.

Fauziah Nawi

Menurut Fauziah Nawi, dia geram apabila ada segelintir anak seni ‘berlagak’ dan berseronok di media sosial apabila mereka boleh kembali ke set penggambaran walaupun belum divaksin lagi. Ujar Fauziah, perkara tersebut ternyata salah dan boleh menjejaskan periuk nasi orang lain seandainya pihak berkuasa mengetahui mengenai hal tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Macam mana ada Producer dan PM boleh employ pelakon/karyawan yang tak Vaksin?Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian kebenaran akan ditarik balik. Menyusahkan. Kalian ada cable besar ke? Ini bukan jealous tapi diam-diamlah janganlah nak menganjing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Ujar Fauziah lagi, dia tertanya-tanya bagaimana kesemua pelakon dan karyawan ini boleh diberikan job. Sebagai pelakon veteran, Fauziah memberitahu dia tidak mempunyai perasaan cemburu. Tambahnya, dia cuma berasa risau sekiranya kebenaran untuk melakukan penggambaran ditarik semula.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengarah bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fauziah Nawi. Menurut mereka, sikap berlagak segelintir anak seni yang ‘antivaksin’ ini mampu mendatangkan kesan yang negatif buat semua orang.

Sumber: https://ohbulan.com/fauziah-nawi-tegur-pelakon-antivaksin-jangan-berlagak-bila-dapat-job-kalau-kkm-mkm-tahu-macam-mana

BACA: Puncak gunung Kebnekaise kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter

COMMENTS